Kononnya saya selalu menang dalam perlawanan congkak. Dalam 3 perlawanan, satu pasti kalah. Boleh tahanlah tuuuu ...
Jadi untuk meraikan kembalinya Nuratiqah dalam kelas bimbingan yang sudah hampir setahun ditinggalkannya, kawan-kawan sekelas meminta saya berlawan congkak dengannya. Oh ya, congkak adalah permainan kegemaran Nuratiqah, dan menurut kawan-kawannya dia memang hebat.
Yeay, set pertama saya menang! Set kedua dia menang. Tak apa kata hati saya, biasanya set ketiga saya akan menang. Aiseymaaan, set ketiga pun dia menang! Huhuhuu ... saya kalah congkak dengan budak kecik tu! Nuratiqah tersenyum lebar. Kawan-kawannya bertepuk girang sambil tersengeh-sengeh memandang saya.
Ya, Nuratiqah menang congkak. Lebih dari itu, dia juga menang melawan malasnya untuk menghadiri kelas. Dia juga menang kerana berdaya menunjukkan kepada ibu dan bapanya bahawa tanpa bimbingan, pelajarannya merosot sebagaimana yang ditunjukkan oleh keputusan peperiksaan UPSRnya yang tidak memuaskan tahun lepas. Alhamdulillah, atas doa berpanjangan dan usaha ibunya, doa Nuratiqah sendiri, doa sanak-saudara dan kawan-kawan, bapanya kini memahami makna kasih sayang untuk keluarga.
Betapa doa memainkan peranan penting dalam kehidupan, namun manusia sering lupa tentang itu. Dalam kuliyah tempoh hari, Ustaz berkata - selain (1) doa lisan yang sering dilafazkan selepas solat atau bila memulakan sesuatu majlis, dan (2) doa fikiran serta gerak hati yakni berdoa mengikut kemahuan hati untuk berdoa dan fikiran memikirkan sesuatu yang kita inginkan, doa yang paling panjang dalam hidup manusia dan paling makbul ialah (3) doa dalam bentuk perbuatan yakni mengamal doa yang diiringi tindakan. Jadi kata beliau, berdoalah memohon ihsanNya.
Allah SWT mentadbir dengan caranya yang amat luar biasa dan di luar jangkaan manusia. FirmanNya: "Doa adalah senjata mukminin", maka pasti DIA akan menyahut doa hambaNya.
Demikian pula kata Guru mengingatkan.
*19/5/2008
Pinggir Kota, KL.
Salam.
12 comments:
alhamdulillah dan tahniah untuk anak kecil tu.. harapnya terus lah rajin ke sekolah... :)
wah, terernya dia main congkak.. kak BR pun kalah.. ;)
ermm...dah lama tak main congkak..
Wah!
Makin rajin ek..
Alhamdulillah..
Atiqah pasti jadi suka bila yang bermain congkak dengannya itu sang gadis yang cantik :D
He he he..
Assalamualaikum,
Doa melambangkan pergantungan harap, pergantungan hati kepada Allah. Dengan makna lain, tiada daya dan upaya kita manusia yang lemah ini, melainkan dengan pertolonganNya jua. Mudah-mudahan...
Salam.
Hati kecil itu pasti gembira.
"Kematangan & kebijaksanaan tidak diukur melalui umur"
jaga diri.
Betapa mulia hati Bunga Rampai mencurahkan kasih sayang buat mereka itu. Terharu saya...
saya ingatkan br nak cerita pasal pilem congkak? :p
org slalunyer main tipu dlm congkak bile saat guli yg terakhir itu akan berakhir di lubang yg kosong yg sepatutnye tetapi berakhir di lubang sebelumnya yg penuh dgn guli.
slalu budak kampung main dia akan menggenggam guli segenggam yg boleh dan rendah :D
bestnyer main congkak...meh lawan dengan DIHAH!
Alhamdulillah Nuratiqah menang congkak dan termasuk dalam congak (bapanya)
Pa'chik, terima kasih atas kata-kata sokongan itu.
Achik, tu lah dia ... akak ni persan je lebih ...hehehe.
Kacc, kalau kita main, secara tak langsung kita memupuk permainan tradisional.
Akira, adik Akira sorang ni lagi cantik :)
Mya Marja, waalaikumsalam. Mudah-mudahan. Amin.
Goro, salam kembali. Ya, umur cuma angka.
Indera, sekadar membantu semampu yang boleh.
Mak Su, :D
Petiais, rasanya Petiais hebat bermain congkak!
Qudwah_Mardihah, boleh saja kalau ada congkak online :)
Bro Keng, syukur jua congak bapanya menjadi.
Post a Comment