Friday, 12 October 2007

Kad Raya Berpantun Cinta

Seronok tak terperi 'pabila menerima kad raya pertama dalam hidup ini. Berbunga-bunga rasa hati kala menatap kad putih yang dihiasi bintang-bintang keemasan dan kuntuman-kuntuman anggerek putih mengelilingi sebuah masjid. Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin. Demikian ungkapan di muka depan.

Namun ucapan di dalamnya membuat saya ketawa, kemudian rasa geram menjentik hati. "Nanti kamu Along!" ...

dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing biru
dua tiga cinta di hati
manakan sama cintaku padamu

'Pagi raya nanti Along mahu jadi orang pertama beraya di rumah Rampai.'


Sungguh, Along tetamu pertama kami pada pagi raya itu! "Along, kalau betul cinta, kenapa tak bawa kuih raya untuk Rampai?" Gertak saya. Dua pupu saya itu hanya tersengeh.

Itu dulu-dulu ketika kami masih lagi budak-budak. Darjah enam. Kini, walau pun tidak lagi menjadi tetamu pertama, Along tetap berkunjung pada Hari Raya dan tidak pernah lupa membawa sebalang kuih raya untuk saya.

Kenangan juga mendidik manusia untuk berkasih sayang.


Ikhlas daripada saya untuk semua kawan-kawan ...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"


Salam Aidilfitri 1428

24 comments:

Pa'chik said...

selamat hari raya rampai...
maaf semua ya..

cikdinz said...

selamat hari raya.
maaf zahir dan batin...

~inilah saya~ said...

Selamat Hari Raya rampai,

:-)

Achik_Sufi said...

salam,
moga gembira bertemu fajar syawal yang mulia.

selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Pegawai Khalwat said...

Uiihh.... kuih raya untuk hang saja ka? Tak patut along tu.

Patut bawak banyak sikit untuk famili hang sama.

achik said...

salam aidilfitri kak rampai.. maaf zahir batin.. :)

Butaseni@Wan Raja said...

slamat hari raya,maaf zahir batin cik rampai

HCI said...

Rampai, apa khabar? Puas makang kueh raya?

Anonymous said...

Selamat. Maaf. InsyaAllah. Update?

Wira Nordin said...

Masih bercuti ye BR?
maaf zahir batin

akirasuri said...

Selamat hari raya kak rampai..
maaf zahir dan batin.
masih bercuti lagi ke?

jaga diri baek-baek :)

blackpurple @ jowopinter said...

Kadangkala hati tak sengaja, berburuk sangka.
Tulisan dan bahasa berbisa, membekas di jiwa,

Andai sepuluh jari tak kuasa berjabat,
Setidaknya ucapan kemaafan masih dapat terungkap,

Setulusnya. Salam lebaran. Salam kesyukuran. Salam kemaafan.

kingbinjai said...

jemput datang rumah

Anonymous said...

aku pon nak kad raya juga! selamat hari raya. :)

Butaseni@Wan Raja said...

membaca pantunmu itu membuatkan aku galak ingin bercinta hahahahaha

wanie_agk said...

kenangan mengusik jiwa..

Mak Su said...

ahaks.. bestnyer orang kasik sebalang kuih raya, tak dak sapa nak kasik kat saya .. huhuhu

Shumierain said...

ceronok nya kalu dpt kad raya kan...pas2 tampal2 kat dinding umah..nak tunjuk kat org kt dpt byk kad raya..
BTW, slmt ari raya..still dlm mood raya lg ker..

Wira Nordin said...

lama sangat dah raya nie
hehe

13may said...

Selamat Hari Raya rampai,

:-)

m i n e r a l . . . said...

dua tiga kuring berlari..
semuanyer penat ke rumah terbuka..
dua tiga blog ku cari..
err bila nk jemput sy pula.
[open house]:)

Sastri said...

Selamat hari raya... Dapat kuih apa tahun nih dari Along? :D

Butaseni@Wan Raja said...

salam,saya dah buat cerita pasal busker yg pernah awak tanya dulu.sila sila

Bunga Rampai said...

Pa'chik, Cikdinz, InilahSaya, A_Sufi, Achik, Butaseni, Wira, Akira, Kamarul, 13may, saling bermaafan mengeratkan lagi silatulrahim walau hanya maya :)

Bro PK, biasanya Along bawa dua balang. Satu khas untuk saya, satu lagi untuk famili. (sayang Along pada saya lebih daripada orang lain .. huhu)

Kak Has, alhamdulillah saya baik-baik saja. Kuih raya tinggal serdak!

Azzam Supardi, nanti saya update.

Wira, dah kembali pun. Memang saya raya sakan tahun ni :)

BP,
manis sungguh pantun berangkap
pantun lebaran menyentuh hati
salam syukur dan maaf diungkap
ukhuwah kekal sampai ke mati
(insyaAllah)

King, terima kasih. Datang tangan kosong ok? Kena tol tak?

Butaseni, bercintalah selagi ada rasa cinta berputik di hati. Kalau ada yang berkenaan, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang! :))

p/s terima ksih atas ingatan tentang busker tu.

Wanie_agk, kenangan yang sering mengajak hati pulang ke kampung.

Maksu, kesiannya ...

Shumieran, raya sebulan ... mood raya pun sebulan. Salam kenal:)

Mineral,
dua tiga blog dicari
blog siapa ada kuih raya
jemput tuan menjamu hati
titis air dari langit seadanya ...

Sastri, biskut Arab!