Petang semalam.
Girang nian rasa hati menuju ke kedai jahit itu untuk mengambil baju yang ditempah enam minggu sudah. Sehelai baju kurung, baju raya.
Tukang jahit ke hulu hilir mencari baju itu yang berlatarkan rona krim dan bercorak rangkaian dedaun kecil-kecil berwarna pucuk pisang. Tudung sedondonnya sudah pun dibeli seminggu lepas.
Tukang jahit itu kemudian dibantu oleh dua orang pembantunya mencari baju itu di celah-celah berpuluh baju beraneka fesyen yang berderetan pada rak. Mata saya terkebil-kebil memerhati mereka yang bagaikan meredah sebuah hutan simpan sambil mulut tidak henti-henti mencari letak kesilapan.
Hasilnya hampa setelah dua puluh minit berlalu. Saya kecewa. Dalam nada kesal, tukang jahit membayar ganti-rugi.
Ya, baju raya ada di mana-mana dan banyak pilihan. Namun rasa kasih yang ditakhtakan untuk baju yang hilang itu sukar ditandingi, apa tah lagi corak kain sedemikian sudah lama diimpikan dan impian itu termakbul dalam satu kembara saya tahun ini.
Alahai ...
Salam.
27 comments:
takan hilang. ke terbagi kat orang lain...
la siannya...nanti saya suruh Jovian Mandagi buat yang baru eh
Ya kita akan kecewa bila kita tidak mendapat sesuatu yang kita hajati..
Sifat manusia.
alamak... sedihnyer
salam...
selamat berpuasa...
bersabar ja la...mungkin ada hikmahnya...
Alaaahai...nak saya saman tukan jahit tu? :)
ermm mujur la bunga rampai penyabar orgnyer... mungkin ade hikmah nk dpt bj lagi cun kot :)
slamat berpuasa, berhati2 d jln raya ya... maaf zahir batin.
Alahai.. sabor je la..
Ohhh...
Tidak mengapa...barangkali..corak itu...bukan mutlak kita. Barangkali...telah tertulis...
Barangkali...akan ada 'corak' lebih cantik di dunia abadi.
Barangkali....
Salam dari AKMA...setelah lama menyepi.
Selamat Berpuasa
Insya Allah, yang hilang pasti berganti. Walaupun tak sama sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati yang lara.
Ceria Sokmo!!!
Patah tumbuh, hilang berganti.
Setiap musibah pasti ada hikmahnya.
itulah kan.. kalau dah bukan rezeki...
Insha Allah akan digantikan dengan lebih baik sekiranya bersyukur
tahun ni takde baju raya... cuma sas ada tempah baju kurung untuk ke pejabat dan belum lagi diambil... mungkin pakai baju tu je la untuk raya kot...
Salam Datuk Seri,
Tersenyum saya membaca kisah penuh tragis menjelang Idul Fitr. Oh .. tentu saja berbekas di hati, bukan. Apatah lagi corak itu menjadi idaman semenjak sekian lama, sudah ketemu tiba-tiba menghilang pula .. terpaksalah direlakan kehilangan itu.
Memang kata orang yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun saya pasti memori di sebalik kain itu pasti tiada ternilai harganya. Sabar jualah ubatnya Datuk , semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan menjana keimanan yang lebih tegar dan semoga Idul fitr yang hampir menjelang menghadiahkan keinsafan tentang kekerdilan diri :)
p/s: pernah cuba sup kurma?
ala kesiannya.
Saya tak ada baju raya pun.
he he he.
sadis sungguh!
mungkin ada yang lebih baek buat kat rampai.
barangkali yang kita suka itu bukan yang terbaek buat kita kan :)
jaga diri.
selamat menjalani ibadah puasa.
Salam.
Salam,
Ada hikmahnya BR.
Tapi walauapapun, kita masih bersyukur kerana masih boleh beraya walaupun tanpa baju baru.
Ada insan malang di luar sana lagilah, tiada baju, dan tiada hari raya.
alehai.....takde rezeki...
sabar yea :)
aduh,kalau saya memang frust gile.dah lah tunggu lama,exited nak try,pastu kena buat lain pulak...aduh.
Sedeynya...
Sabar yekkk..
Mesti nak dapat baju yang lagi cantik kot.....
Selamat Hari Raya
Alahai...
Menguji keimanan dalam bulan puasa ek? Hm...
salam..
alamak sedihnya..
mak teh saya pernah hilang baju jugak dulu
tapi dia tak setabah BR.
alahai...
sabo je la...
Assalamualaikum,
Teringat saya pada seorang tua yang roboh rumahnya dipukul ribut di Kedah. Dalam temuramah oleh wartawan TV, orang tua itu menyatakan kesedihannya tentang baju raya yang baharu dibelinya turut musnah.
Rumah sudah roboh, baju raya pun tiada...
Selamat berpuasa!
Wassalam.
Cikdinz, tak apalah, bukan rezeki saya.
Art, buat apa susah-susah suruh beliau, Art pun boleh buat. Reti ke menjahit :p
Goro, sebagai manusia biasa, saya kecewa.
Mak Su, ya sedih.
Faridmw, moga ada izinNya untuk hikmah itu.
OSH, berapa nak caj saya? :)
Mineral, sedang berfikir kat mana nak beli baju. Selamat berpuasa.
Achik, terima kasih.
Akma, salam kembali. Ya, lama sungguh menyepi. Terima kasih masih ingat teratak ini. Moga Akma sihat ceria, dalam lindunganNya di mana jua berada.
Di sebalik kebarangkalian itu ada hikmah. Moga-moga.
Inilah Saya, selamat berpuasa kembali. Saya masih boleh senyum sokmo :)
Bro PK, semoga yang tumbuh dan berganti itu lebih baik.
Pa'chik, begitu kehendakNya.
Bro Keng, terima kasih. Redha jua pada ketentuanNya.
Sastri, ada juga baju baru. Alhamdulillah.
Datin Iza, salam kembali. Relakan hati untuk dipujuk sendiri ... siapa lagi? :D Terima kasih kata-kata manis itu.
Di samping bersabar, barangkali sup kurma menenangkan apa lagi andai dijadikan juadah bersahur. Ada resipi?
Akira, Salam kembali. Terima kasih kesiankan akak :) Bukan apa Dik, dah jadi kebiasaan setiap Aidilfitri mesti ada sapasang baju baru kononya tanda kemenangan :))
BP, salam kembali. Sungguh benar kata-kata BP itu. Sebak pula membacanya. Ya syukur, itulah yang afdalnya.
13may, terima kasih.
Butaseni, terima kasih memahami.
Danisha, salam kenal dan terima kasih.
Zalisa, Alahai ...
Azzam Supardi, salam kenal. Ujian datang tanpa amaran!
Wira Nordin, salam kenal. Hidup kena tabah untuk menghadapi cabaran yang tidak diundang.
Ismisuzu, itu sebaiknya.
Mya Marja, waalaikumu salam.
Semoga kesedihan orang tua itu berlapikkan sabar. Semoga sabarnya mendapat ganjaran Allah SWT.
Selamat berpuasa kembali. Wassalam.
Post a Comment