Baju yang hilang barangkali bukan untuk saya. Barangkali ada orang lain yang berhak memakainya. Semoga rasa kasih yang ditakhtakan untuk kain itu dapat dirasa oleh si pemakainya. Semoga dia bergembira memakai baju itu pada Hari Raya nanti, dan gembira itu membungakan bahagia di hatinya. Mudah-mudahan juga semerbak harum bahagia itu mewangikan insan-insan lain di sekelilingnya.
Aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Anehnya perangai manusia. Kita kehilangan sesuatu yang sangat istimewa lalu kita bersungguh-sungguh mencarinya, kemudian kita bernostalgia tentangnya sambil memapah sejuta duka di hati. Sering nostalgia itu memenuhi kamar hati dan pelantar benak, lantas duka menjadi derita.
Aduh, gementar hati pada kehilangan sesuatu yang istimewa tapi tidak gementar pada ujian Allah! Betapa bernostalgia pada yang istimewa itu lebih mustahak dikenang-kenang, duka dan derita itu lebih penting diingat-ingat sehingga ruang untuk mengenang dan mengingati Khaliq tinggal hanya sekelumit. Kita menjadi lalai. Lupa pada syukur. Lupa pada redha.
Cita dan duka seiringan dalam perjalanan mencari redha Tuhan, segalanya hanya ujian jiwa di sepanjang denai menuju insan mukmin. Demikian ujar Mursyid. Orang yang berakal membiarkan saja nostalgia itu bermukim dalam tenteram dan digunakan sebagai senjata memperelokkan budi pekerti. Alangkah baiknya waktu-waktu bernostalgia itu dihabiskan untuk berfikir-fikir mencari letak diri, mencari aib diri. Tahu aib diri adalah gerbang utama menuju redhaNya.
Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama mencari redha Khaliq. Saratkan hari-hari dan malam-malam kita dengan ibadah dalam menuju puncak Ramadhan, malam Lailatul Qadar ...
moga tidurmu lena
bangunmu damai
harimu tenang
dan
biarlah waktu celikmu itu mencari di mana waktu matimu
~ Bunga Rampai
Salam.
27 comments:
Kadang-kadang ujian kesabaran ni datang tiba-tiba je kan? So...sentiasa bersiap siaga je la ek?
tapi kan.. kalau ilang poin macam mclaren tu.. heheh... memang frust sungguh-sungguh lah.... kekeke...
salam..
selamat berpuasa dan selamat berpuasa..
mungkin bukan rezeki... bersama tingkat amalan di bulan yang penuh keberkatan ini...
Tasawwuf itu adalah ilmu mencari keaiban pada diri.
Selamat mencari Layla.
Azzam Supardi, begitulah ... sentiasa bersiap siaga bermakna kita sentiasa membaiki kelemahan diri.
Pa'chik, hehe ... Pa'chik nak kenakan saya ek? Dah jatuh ditimpa tangga :(( Semalan Hamilton terbabas, point pun terbabas! Sian McLaren. Frust jugaklah. Redha :)
Faridmw, salam kembali. Rezeki ada di mana-mana :) Selamat berpuasa.
Bro Keng, terima kasih ungkapan yang menarik dan penuh makna itu.
Layla, namamu teratas. Tersembunyi di antara nur malam yang kemilau. Kita cari, insyaAllah.
nak buat cam na ... tak ada rezeki
kesian nya dekat BR. maseh dikenang-kenang barang yg hilang.
sabar yeik.....
sama kes with me.Sabtu lepas begitu hening sekali.tak tau kenapa ye.patut wira baca entry nie sabtu aritu lagi
Salam,
Kehilangan benda yang kita sayangi memang 'menyakitkan'. Tapi kehilangan harga diri dan rasa syukur lebih 'menyakitkan lagi'.
Moga-moga kita sama-sama tidak kehilangan keberkatan malam Lailatul Qadar...
Amin!
Hilang akan buat kita jaga, tidak leka.
salam kehidupan,
salam aidilfitri buat anda dari cermin yang diperantauan. salam ampun juga maaf atas ketaksiran yang ditonjolkan diri.
hilang harta benda atau yang seumpamanya, tidak apa lagi, mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik... tetapi kalau hilang rasa bersyukur, keredhaan dan seringkali lupa akan Dia, lagi menyedihkan bukan?
Salam Lebaran buat BR sekeluarga... tiada baju baru tidak apa, yang penting meraikan bulan mulia... sas mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, juga salah dan silap sepanjang sas mengomen mahupun membuat entri... BR berhati-hati bila pulang ke kampung nanti ya...
salam singgah tuan rumah. kak ila pun teringin nak menyampuk. boleh ha? biar hilang baju berkoyan, jangan hilang maruah seinci. sila berkunjung ke pondok akak...
Azer, rezeki saya hak orang lain :)
Cikdinz, hilangnya berganti. InsyaAllah.
Wira Nordin, keheningan yang datang tiba-tiba membawa pesanNya. Mengajak hati untuk bertafakur.
BP, salam kembali.
Kehilangan harga diri menutup mata hati. Untuk meraih kembali harga diri memakan masa yang panjang dan memerlukan kekuatan hati yang jitu.
Keberkatan malam Lailatul Qadar tidak pernah hilang kecuali manusia itu sendiri menghilangkannya.
Bro PK, setuju!
Cermindiri, salam kehidupan kembali. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Sastri, setuju kata-kata Sas itu. MenghilangkanNya dari hati kita menjadikan kita manusia yang tidak berpedoman.
Saya dah beli sepasang baju baru Sas, ganti yang hilang tu [nak pakai baju baru juga ni :)... dah jadi kebiasaan berbaju baru pada hari raya pertama - kononnya meraikan kemenangan berpuasa :))]
Salam Lebaran juga untuk Sas sekeluarga. Ampun maaf jua saya pinta dari Sas - zahir batin.
Rasha_rz, salam kembali dan terima kasih atas kunjungan. Maruah diri kepunyaanNya, dijaga dirapi sebaiknya. Salam kenal :)
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan yang kita lalui mendapat kebarkatan dan Syawal yang tiba dipenuhi kesyukuran.
Yang baik-baik saja
relax... patah tumbuh hilang berganti
salam ptg sala..sa.
aggap jer sedekah dibulan posa...
nasibbb nasib!
Salam BR,
Dah ada baju ganti ker??? hehhe
Selamat Hari Raya
maaf zahir batin...
if you love something badly enough
you have to learn to let it go
if its come back to you
then its yours
if it doesnt
then it was never meant to be
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
Sabar itu Manis. Manis itu adalah buah tuaian kepada setiap hasil kerja yang baik. Semoga kebaikan sentiasa memandu kita untuk terus berbuat..berbuat..berbuat.
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin..
sejuk je rasanya baca entri kamu ni.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Bathin
salam raya, salam syawal, semoga bergembira selalu... patah tumbuh hilang berganti, sometimes lebih baik berkali kali ganda uols
selamat hari raya. wow, kata kata akhir tu, saya pinjam ya
Azzam Supardi, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Goro, terima kasih. InsyaAllah.
Mak Su, Ya tenang ... dah tumbuh dan dah berganti :)
HazuraHamzah, terima kasih. Salam kenal :)
13may, salam kembali. Dah ada :) Selamat Hari Raya juga, maaf zahir dan batin.
Art, terima kasih ujaran manis itu. Sayu pula membacanya ...
Inilah Saya, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Sabar itu kunci ketenangan. Amin.
Ajzie, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Wanie_agk, semoga ada tenang untukmu daripadaNya.
Azer, Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin.
Mak Su, selamat semuanya juga untuk Mak Su.
King, selamat hari raya maaf zahir batin. Kata-kata itu jangan lupa pulangkan selepas raya bersama ketupat rendang dan kuih raya :D
Post a Comment