Friday, 10 August 2007

Moriko

Katanya, dia mahu bunuh diri kerana keterlanjurannya itu. Saya kata, menyesal tidak berguna, yang lebih berguna ialah untuk terus hidup walau apa pun yang telah berlaku.

Katanya, kalaulah saya berada di tempatnya, barangkali saya juga akan mematikan hidup. Saya kata tidak kerana kehidupan ini terlalu indah untuk dimusnahkan begitu sahaja tanpa perjuangan. Berpantang maut sebelum ajal!

Tanyanya, tidak malukah saya menghadapi orang ramai andai saya dalam keadaan sepertinya. Jawab saya, kalau kita tidak malu melakukan sesuatu yang nyata diluar kehendak agama dan norma-norma kehidupan yang beradab, kenapa mesti kita malu setelah berlaku biadab kepada diri sendiri - tebalkan muka, hadapi kenyataan, dan baiki diri.

Dia menangis teresak-esak. Moriko.

Katanya, satu nyawa akan hidup dan satu nyawa lagi dia korbankan. Balas saya, selama ini dia memperjuangkan hak kemanusiaan, kenapa pula dia sendiri tidak memberikan hak sewajarnya untuk seseorang yang berhak untuk hidup.

Tanyanya, apa yang perlu dia lakukan. Nasihat saya, teruskan saja kehidupan walau perit kerana barangkali itulah balasan kepada kebiadapan diri sendiri. Siapa tahu yang terbaik untuk dia ialah memberi hak kepada yang berhak.

Moriko menangis lagi. Kali ini lebih kuat, dan saya memeluknya erat-erat. Ujar saya, belajar saja dari kesilapan pertama itu. Usah ulangi kerana mengulangi kesilapan yang sama adalah satu jenayah kepada diri sendiri.

Setelah puas menangis dia menongkat dagu, lama-lama. Kemudian mengukir senyuman manis. Katanya, dia akan pulang dan membina hidup baru bersama anaknya yang bakal lahir.

Kata saya, bunga sakura tetap saja tersenyum wangi menerima kepulangannya nanti. Katanya, semoga Gunung Fuji juga masih lagi sudi menyambut renungannya setiap pagi.

Salam.

20 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

[Saya mengandaikan Moriko itu berbeza pegangan]

Moga-moga Moriko tidak membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Pegawai Khalwat said...

Yah....

Moga-moga.

Aku juga berdoa begitu.

Psss... kata-katamu sungguh berbisa dan memaut.

Unknown said...

Novelkah ini? Rampaisari Ada bakat pencerita.

kingbinjai said...

kesian moriko

Sastri said...

sebagai manusia, adalah lumrah berbuat silap... samada sedar mahupun di luar sedar... apa yang penting, usah ditoleh ke belakang, majulah ke depan... belajar dari kesilapan.. setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...

HCI said...

hemm, malu...kalaulah malu kepada Nya melebihi segala-galanya...

Sunan_Jati said...

Assalamualaikum,,,

mulakan harimu dgn bismillah...

semoga semua dpermudahkan utk kite..

horayyy!!!!

cikdinz said...

moriko ni mesti orang jepun.
tak pon orang korea ko. tak pun orang thailand. apa-apa je lah...

hidup mesti diteruskan.berhadapan dengan apa yg berlaku lebih baik dari lari darinya....

Anonymous said...

kadang2 penyesalan itu sungguh pedih sekali.

13may said...

Salam BRampai...

kadang2, kesilapan yg di lakukan dapat mematangkan diri kita untuk terus hidup....

jalan singkat yg di ambil, sebenarnya bukan penyelesaian masalah...tetapi adalah permulaan kehancuran....

:)

Pa'chik said...

teringat satu klip pasal budak yang murtad dalam yutiub. Dia ingat lepas kena tinggal ngan jantan yang diikut tu, dia dah tak de apa.. tapi.. bila bapak dan mak serta semua saudara mara datang, mereka tak marah pun, malah mereka bagi galakan untuk dia terus hidup.

Butaseni@Wan Raja said...

awak pun macam pegawai khalwat jugak, raja metafora.hehehe
salam

jinggo said...

eeermmmm.......
kena baca berulang.....

akirasuri said...

moga moriko tabah menghadapi kesilapannya.
hadapi dengan hati yang lebih terbuka.
mudah-mudahan.
:)

indera kencana said...

Dosa yang ada akan berganda-ganda jadinya. Satu, dosa berzina. Kemudian ditambahi pula dengan dosa membunuh menggugurkan kandungan..

Mak Su said...

naper moriko nangis?

Izariza said...

Tiada istilah terlambat untuk kembali ke pintu taubat. Datuk Seri, kisah itu menjadi peringatan tentang besar-Nya rahmat Tuhan, bahawa Dia tidak pernah berpaling muka dari hamba-Nya yang menangisi keterlanjuran, hatta sebesar dosa sekalipun. Cuma manusia sahaja yang seringkali tidak mahu ingat akan maghfirah dan kasih sayang-Nya.

p/s: Renyai di luar sana, menghambat kedinginan sehingga ke tulang sulbi. Secangkir kopi panas tentu saja bisa mengubah mood bekerja! :D

Bunga Rampai said...

BP, [Moriko tiada pegangan]. Ya, mudah-mudahan dia tabah menghadapi apa juga yang mendatang.

Bro PK, kadang-kadang orang yang lemah semangat perlu di sengat. Biar bisa sengatan itu menyentak diri.

Zalisa Maz, sekadar coretan pengalaman kembara untuk tatapan bersama dan ambil iktibar.

King, nasi sudah menjadi bubur, tapi masih boleh dimakan.

Sastri, kata-kata yang sangat positif!

Kak Has, ...ya, malu padaNya adalah satu perisai diri.

Waalaikumu salam En. Sunan, Amin. Happy lagi, dan saya tumpang happy.

Cikdinz, tak guna lari kerana bayang-bayang tetap mengejar.

Kamarul, penyesalan juga sukar dilupakan, melekat sepanjang hidup.

Salam kembali 13may, ungkapan itu sangat menarik. Tidak ada jalan pintas dalam hidup ini :)

Pa'chik, membimbing ... itulah sewajarnya.

Butaseni, :)) Salam kembali.

Jinggo, Kenapa?

Akira, mudah-mudahan. Dik, jaga diri ya :)

Indera, saya seram!

Datin Iza, benar katamu itu. Satu peringatan.

p/s: di hadapan saya masih ada setengah kole nescafe tarik, sudah suam tapi masih enak dan tetap saja menyegar penat :)

Pa'chik said...

klip tu... sini!sini!!

Bunga Rampai said...

Mak Su, Moriko nangis sebab bingung nak pilih, mati atau hidup.

Pa'chik, terima kasih banyak-banyak ya.