Thursday, 16 August 2007

Lecka Lecka

Ahad, 12 Ogos 2007

"Kak, rindu ... dah lama tak makan aiskrim. Jom, saya belanja!"
"Alhamdulillah."

...

"Aikk, sorang je? Geng lain mana?"
"Tak bawa kak, pasal kali ini sesi P and C ."
Amboi, cilik-cilik pun pandai ber P & C!
"Nak makan kat mana kak?"
"Kat mana pun okey, akak ikut taukey jer."
"Jom, Lecka Lecka!"

Uiikk, sungguhlah dia banyak duit!

Si Cilik Remaja semakin ayu dengan hanya subang sepasang, rambut berwarna hitam diikat kemas. Tiada gincu, tanpa pembayang mata. Memakai seluar koboi ditutupi blaus berwarna krim menutupi pinggul.

"Kak, saya dah baling boyfriend saya."
"Baling kat mana ... kat Kedah?" Ketawa kecil.
"Isy, akak ni ... saya serius!"
"Oh, okey. Sebab apa?"
"Nak studylah. Nak score SPM."

Namun di sebalik keceriaannya, dia masih mengharapkan kasih ibunya datang pada waktu-waktu dia memerlukan belaian. Kalau boleh katanya lagi, dia kepingin selalu melihat ayahnya makan bersama keluarga di rumah.

"Tambah kak?"

O la la, sekali-sekala perlu jadi nakal ... dua scoop aiskrim mana cukup, apa lagi Lecka Lecka dan dibelanja pulak tu. Leka jadinya!

...

**Lecka Lecka = Italian gelato (ice cream)
Bahan asas: susu, susu soya, air
99.6% bebas lemak susu (aiskrim biasa)
99.9% bebas lemak susu (aiskrim buah-buahan segar)
25 jenis/perisa

Salam.

17 comments:

Pa'chik said...

lama tak makan eskrim potong yang ada kacang merah tu...

Ku Keng said...

Saya suka aiskrim tikam.

Pusing dulu 'roulette' untuk memilih aiskrim. Tapi cakra yang dipusing sentiasa berhenti pada tempat aiskrim termurah.

Sekurang-kurangnya dia berwawasan.

13may said...

hmmmm...kesian pada si cilik...

sib baik ada ice cream...buleh gak hepi sikit..

salam:)

indera kencana said...

Dalam keceriaan ada kesedihan. Dalam kemanisan ada kepahitan. Sekurang-kurangnya kita nikmati kehidupan ini dengan cara kita sendiri...

Salam penuh takzim.

Butaseni@Wan Raja said...

lecka lecka tu ape? :)

blackpurple @ jowopinter said...

Tanpa kasih-sayang dan perhatian si cilik remaja itu akan rasa terbuang. Tanpa susu dan susu soya rasa air krim itu mungkin janggal dan bukan Lecka-lecka namanya!

[Tertanya-tanya tentang peratusan yang 99.6% dan 99.9% itu. Angka dan perpuluhannya sangat terperinci. :)]

artisticklytouch said...

wah...mana boleh dapat lecka-lecka ni? di sini, kalau saya tensen, say akan beli ais krim paling mahal dan makan sorang-sorang di tepi laut he he

eh, ada puisi untuk tatapan awak di blog saya..gi baca!

Mak Su said...

siapakah adik yg kesunyian itu?

kingbinjai said...

ooo eskrem ingta apa ntah tadi hehehe

Bunga Rampai said...

Pa'chik, eskrem tempatan pun apa kurangnyakan? Eskrem tu kegemaran saya juga.

Bro Keng, aiskrim tikam :)) Aiskrim murah tak sedap kut!

Ya, ada perubahan menuju wawasan.

13may, aiskrim penyejuk hati. Salam kembali :)

Indera, bersyukur apa yang ada. Salam penuh takzim juga dari saya.

Butaseni, jenama aiskrim :) Baca nota kat bawah entri.

BP, kita saling memerlukan!

[Saya menyibuk, bertanyakan kandungan nutriennya. Itulah angka yang diberikan oleh pengurus itu kepada saya :)]

Art, samalah kita, tapi saya makan sambil merenung langit yang berbintang!

Wah, puisi?

Mak Su, adik tu anak orang berada.

King, aiskrim! :))

Butaseni@Wan Raja said...

oooooooooooooooooooo paham paham.

Unknown said...

Stail penceritaan yg mudah tetapi menarik :)

Bunga Rampai said...

Butaseni, banyaknya o :)

Zalisa Maz, :) Salam.

tuan tanah said...

Italian gelato memang sedap. ;)

akirasuri said...

bila nak belanja saya makan aiskrim :D

Ajzie said...

Kalau di German.. Lecka ini bermakna sedap..

Lecka=Sedap

Bunga Rampai said...

Tuan Tanah, sedap hingga tak cukup-cukup...mahu dan mahu lagi! :)

Akira, bila senang?

Ajzie, Sedap Sedap ..