Apabila usia menjulang tinggi mencecah bintang-bintang, jangan lupa tunduk seketika untuk meninjau nun di bawah sana. Dan senyum dari hati semanis mungkin.
Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya pada hari ini. Hari ini dalam sejarah.
Hari ini juga 03 Mei adalah World Press Freedom Day. Kebebasan jika disalahguna pasti merosakkan. Segala tindak-tanduk perlu ada garis pemisah antara yang baik dengan yang tidak baik. Maka setiap kita perlu punya daya saring dan daya tangkis yang kuat agar dapat menepis segala unsur negatif yang menceroboh minda.
Itu yang saya fikir hari ini.
Hari ini walau santai, sisa-sisa kecewa masih ada kerana hari Isnin lalu hajat ke Parit tidak kesampaian kerana teman saya yang suka minum kopi itu mahu bincang hal-hal perniagaan dengan rakan kongsinya di Coffee Bean.
Eh, tiba-tiba terfikir di ruang benak saya ... apa peristiwa menarik yang berlaku kepada teman bloggers yang lain pada hari ini ??
Salam.
5 comments:
Lama tak jengah di sini.. kak sya sebagai rakan blogger.. sihat walafiat
peristiwa menarik hari ini ialah menziarahi teratak orang yang pernah sepi.
moga2 dia tak sepi lagi.
:)
Peristiwa menarik?
Aku dimarahi wanita tua yang garang dalam bukan bahasa Melayu.
saya masih lagi dalam keceriaan, melompat-lompat kegembiraan, berguling2 keseronokan. itulah yang paling menarik setakat ini. hahaha!
Salam kalian...
NBB,
Terima kasih, insyaAllah.
Kak Sya,
Alhamdulillah. Moga tanam-tanaman Kak Sya juga segar bugar :)
Sayuti,
Teman bloggers menceriakan saya.
Sepi tetap indah. Kan Sayuti juga kata begitu? :)
Peg Khalwat,
Kesiaaaaannn tuan pegawai, tapi itukan sebahagian warna-warna kehidupan...
Nizam,
Heh, sampai berguling-guling? Bawa bertenang.Jaga surimu baik-baik ya.
Post a Comment