Sunday, 14 May 2006

Macam-Macam Bola

Kenangan...

Masa kecil-kecil dulu sekitar usia 9 tahun saya suka main bola sepak. Kiranya saya seorang saja pemain perempuan dalam kumpulan lelaki. Jadi penyerang hadapan. Tangkas. Kubu lawan selalu pecah dek serangan saya. Saya digeruni.Teman-teman sepasukan usia mereka juga sekitar 8 - 9 tahun. Sekali sekala ada remaja yang mahu masuk campur tapi kami larang. Pasukan saya selalu menang, kalah cuma sekali dua, itu pun kalau saya tidak turun padang kerana mama saya marah. Katanya tidak manis budak perempuan main bola. Tapi saya tanya bapa, apa yang lebih baik, main bola atau panjat pokok dan terjun dari pokok. Bapa kata kedua-duanya sukan, baik untuk kesihatan dan ketangkasan fizikal. Saya teruskan hobi main bola sepak, dan mama sering saja cari alasan menyuruh saya buat itu dan ini supaya saya tidak turun padang.

Kala remaja saya main bola lagi. Kali ini bola jaring, bola hoki, bola keranjang. Teringin mahu main bola sepak, tapi malu. Maklum, kelembutan sudah terrserlah. Bola jaring dan hoki paling saya suka. Bersukan sepenuh hati, kalau kalah menangis separuh mati. Selalu mahu menang. Memang selalu menang, lantas jadi wakil untuk sukan itu dan ini.

Kini...

Sekarang kononnya mahu main bola golf. Kononnya. Jadi sebelum beli kayu-kayunya saya risik-risik dulu seronok atau tidak main golf ini. Saya pinjam kayu kawan dan cuba-cuba pukul. Kemudian ikut kawan jadi kulinya keliling padang hijau 18 lubang.

Saya ambil keputusan tidak mahu bergolf. Buang duit, buang masa, tidak buang tenaga. Saya tanya kawan saya, sukan golf itu sukankah? Jawabnya...entahlah!

Saya masih bersukan, sekadar senamrobik yang kadang-kadang guna juga bola besar berwarna-warni.

Walau tidak lagi main bola sepak, saya tetap peminat bola. Tapi saya tidak meminati David Beckham juga tidak minat pada pasukan England. Kalah menang, saya tetap sokong Brazil. Saya minat pada tarian samba Brazil di atas padang.

Eh, teman bloggers peminat bola...sudah bersedia untuk WC2006?
Siapa bakal hero, siapa bakal juara?

Cuma satu, saya tidak berjudi bola.

Salam.

15 comments:

kunci hilang said...

bunga rampai,
jika berkesempatan, cuba-cubalah bermain futsal pula. :)

Piala dunia saya menyokong 'tiga singa'.

Ku Keng said...

Teman saya yang baru pulang bertabligh di Argentina khabarkan, senang bercakap tentang Islam di kalangan penduduk Argentina. Mereka tak tersinggung. Langsung. Tapi jangan cakap pasal bola. Sebut saja Argentina dah kurang cekap atau tak lagi sehandal dulu; mereka sanggup bertumbuk dan bertikam. Seolah-olah kita menghina YD Agung di Malaysia.

Sayuti said...

bola? kurang minat. tengok bila terasa nak tengok saja.

akak bunga rampai main bola kecik2? haha. tomboy ye...? patutlah mak dia tak bagi.

:)

Bunga Rampai said...

Salam kalian.

hai alang...salam kenal ya.
Wah, tangkas melompat ;)
Saya suka takraw tapi tak main. Sukan ini saya kira berseni, itu daya tarikannya :)


kunci hilang...jua salam kenal ya.
Oh tidak lagi! Kerna saya kini pakai gincu, tendang bola pun tak masuk gol :))

Bro Keng,
Amerika Selatan memang fanatik bola.

(yang menarik perhatian saya tentang komen Bro itu sebenarnya ialah perkataan 'bertabligh' - alahai, ada saja yang mengocak matahati)

Sayuti,
Begitulah kira-kiranya. Tapi itu dulu. Ulang: dulu :)

Bunga Rampai said...

Eh, tak nampak pulak penjaga garisan dah ada kat sini ;)

Salam NBB.

Sya said...

WC2006? kak sya tenguk bola live kat stadium pun boleh lelap inikan pulak depan TV.. Hancus

Bunga Rampai said...

Kak Sya,
Nampak gaya tak bleh geng lah ngan saya. Gurau :))

Salam kembali sleepless,
Memang indah, kadang di kejauhan rasa ada rasa rindu pada zaman itu. Alahai.

zizie ali said...

kali ini iran akan jadi juara. saya ulang: iran akan jadi juara!

Bunga Rampai said...

Iran? Ulang: Iran?

Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau boleh nak tengok Korea Selatan jadi juara...hehehe..

Favourite masih Brazil..!!!

Bunga Rampai said...

blackpurple,
Salam.
Yessssaaa, ada geng samba!! :)

Unknown said...

dulu minat. sekarang dah tak seberapa. angin, kadang2 berubah hala juga.

Ajzie said...

Bunga Rampai
Jom datang sini tgk bola. Temat tinggal bisa di atur..Byk aje rumah bujang kat sini.


Salam Kenal
Ajzie

Pegawai Khalwat said...

Perempuan dan bola....

Hummmm...

Metafora......

Bunga Rampai said...

Salam kalian.

Cikgu Nizam,
Agaknya kerana minat dah ke arah mencipta lagu, wow!

wilhelm~achtzehn,
Danke... bisa saja tonton tv, santai di rumah.
Salam kenal jua buatmu Ajzie.

En. Peg Khalwat,
Terpulang kepada tanggapan masing-masing ;)