Saturday, 27 May 2006

Fikir

Lama benar tidak bersama mereka, ya sudah lama. Rindu yang menyapa sukma membawa saya kembali ke pangkuan teman-teman lama itu. Lantas lewat tengahari semalam bisa saja bersantai bersama mereka. Sembang, baca, cerita, dan urut. Ya, enaknya diurut oleh tukang urut yang punya sepasang mata yang sedikit pun tidak dapat melihat cahaya.

Lalu berfikir...

Tuhan itu Maha Mengetahui Maha Adil. Betapa setiap kita diberi kelebihan dan kekuatan yang istimewa, dan andai diguna pada jalan yang betul, atas izin-Nya, akan menggembirakan hati orang lain. Semoga kehidupan teman-teman saya itu sentiasa diberi kesejahteraan oleh-Nya. Amin.

Kala sepi begini juga enak saja benak menerawang jauh lantas berfikir lagi...

Kami Juga Mempercayai Ibrahim a.s nukilan Bro Keng ini bersemadi di kalbu yang hebat menghambat perasaan sebenarnya, membuat diri sering menongkat dagu dalam silau sinar mentari, dalam kilau cahaya rembulan. Hingga kini. Entah kenapa. Mencari jawapan tapi tiada yang datang. Menjengah cuma rasa tahu bahawa nukilan itu telah merubah sesuatu.

Fikir itu dan ini, terungkap jua kalam hati ...

kurenung mega biru
ada goresan kelabu
sepoi bayu menderu
mendesah di kalbu.

kutenung mega kelabu
ada hitam memaku
sedar diri diulit debu
kerdilnya aku.

kusantap madah berlalu
ada irama berlagu
gemersik mendamai pilu
meminggir ragu.

Entah apa-apa sebenarnya himpunan kata-kata itu yang datang menari-nari di ruang benak tika titis-titis air dari langit membasahi bumi. Atas izin-Nya jua, lalu saya gubah kata-kata itu menjadi satu kalungan rasa berlapikkan kasih Illahi, sejujurnya untuk Bro Keng.

Salam.

8 comments:

anggerik merah said...

Nice poem bunga rampai!

Ku Keng said...

Salam Rampai,

Terima kasih di atas dedikasi kata-kata yang sungguh indah. Semoga keraguan terus terpinggir dan bertapaklah keyakinan yang kukuh yang teguh.

Pegawai Khalwat said...

Terharu....

Unknown said...

BR,
Anda memang berbakat.

zizie ali said...

orang cacat penglihatan memang punya deria rasa yg amat hebat. dan punya imaginasi yg hebat juga.
saya. suka mengurut dengan org cacat pendengaran. mereka hanya mengurut. tanpa cerita penglipurlara.
ps..saya turut kagum akan bro keng yg konsistan dengan gayanya.

Bunga Rampai said...

Salam kalian...

Anggerik Merah,
Terima kasih. Tercetus kala sunyi-sunyi gitu :)

Bro Keng,
Salam kembali.
Amin.
Banyak lagi soalan yang memerlukan jawapan pasti sebenarnya.

En. Peg Khalwat,
Saya juga banyak belajar dari teman bloggers termasuk En. PK. Terima kasih jua.

yus,
Luahan rasa seadanya :)

Bro Zizie,
Sepanjand sesi urut saya tido. Tukang urut tak sempat buat cerita dongeng.

Sayuti said...

saya lambat singgah. indah puisi itu. mungkin dilagukan cikgu nizam nanti.

Bunga Rampai said...

Dik Sayuti,
Terima kasih. Andai Cikgu Nizam sudi, harap dapat dilagukan dengan iringan gesekan biola...hu hu :)