Thursday, 20 April 2006

Kekasih Pertama

Subuh tadi cuaca agak dingin kerana hujan lebat, namun dingin itu tidaklah sedingin petiais, tidak juga bisa memujuk hati untuk mengutip semula mimpi yang tiada akhirannya. Lantas bangun menguak jendela, mencari warna blackpurple di dada langit. Cuma rona hitam yang ada. Bila hujan begitu saya teringatkan KakSya, pasti tanam-tanaman di laman rumahnya menyambut riang air hujan itu. Sejurus saya terkenangkan Has (doa saya moga dia dalam sejahtera.Amin). Entah kenapa tiba-tiba hati saya membisikkan nama Mc_Kay yang sudah lama saya tidak jengah. Ya, saya perlu lebih rajin lagi menghulur salam untuk jiran-jiran saya, namun kadang masa senggang itu terlalu sempit membuatkan saya malas. Malas sekali sebagaimana yang saya ujar kepada Sayuti kelmarin. Bila malas-malas begitu, semerdu mana irama gitartong pun telinga saya kata nadanya sumbang sekali.

Subuh tadi juga wajah mama dan bapa bersimpuh di relung hati. Rindu menyapa kala hujan renyai, dan JiwaRasa membelai satu per satu permata yang kilaunya tidak pernah pudar di pelupuk mata.

Sejak kecil lagi bapa sering berkata jadikanlah buku itu teman sejati kamu. Maka kala awal remaja buku menjadi kekasih saya yang pertama. Saya dan buku menyulam cinta, setia padanya. Buku-buku saya kira punya kuasa melakar dan mewarna hidup di kanvas putih. Tulisan-tulisan Hamka menyentuh rohani bermukim di hati. Cerita-cerita Enid Blyton merangsang rasa ghairah untuk mengembara mencari nilai diri, mengintai budaya dan tradisi orang lain, menghargai kehidupan, mengagumi Pencipta alam semesta.

Hari ini sebenarnya saya mahu ke seminar pencinta buku, namun satu kekeliruan telah berlaku maka saya tetap saja di sini mengetuk-ngetuk kekunci memandang skrin komputer. Aduh!

Besok mahu ke gedung buku.

Namun saya tahu bila berada di gedung buku, saya sering saja susah hati melihat hidangan buku-buku yang disajikan untuk khalayak terutama remaja. Banyak yang entah apa-apa buku-buku itu, apa lagi majallah-majallah hiburan. Alahai ...

Saat ini mentari mula menguntum senyum, dan titis-titis air yang saya tadah penuh setempayan. Bisa saja saya sedekahkan bila bertandang ke teratak jiran-jiran.

Tidak malas. Tidak sepi. Tidak mencari Pak Malau.
Tenang dan damai di kejauhan rasa.
Alhamdulillah.

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

First time tau ada langit warna hitamungu ni.... apapun anda sememangnya kreatif... salute

Sya said...

Syukur Alhamdullilah... kerana hujan yang turun... kreatifnya anda ini

Pandang Dengar Diam said...

suka ngan entry nih apa pun so creative....motiff CUACA memula OPS!

Unknown said...

tenang dan damai rasanya disini. anda memang 'terer'

Bunga Rampai said...

Salam blackpurple, KakSya, cuaca, nizam ...

... terima kasih. Saya sekadar meluah rasa, kadang tu teringat teman-teman bloggers ... ada bahagia di sini :)

NATO said...

salam dr kak kay .... syahdu pulak rasa di hati atas ingatan bunga rampai itu... yg penting ingatan rampai pd akak...kak kay pun sebenarnya rindu jugak nak melempiaskan sepatah dua kata dlm blog akak tu tp ....isk!isk! apatah lagi nak menjengah rakan blogger yg lain.. (ni pun ada rakan blogger yg bagitau!) tp insya'Allah.. suatu hari kita akan berblogging lg!! tunggu...!!!

Pak Malau said...

Pak Malau pun suka baca Enid Blyton. Angan angan nak jadi child detective macam Famous Five.

Bunga Rampai said...

Salam.

Salam kembali kak kay ... saya tunggu!

Pak Malau ... oh gitu ya, senang sekali mengetahuinya :)

Petiais said...

hahaha petiais namer kiter kat sini hahahaha

Bunga Rampai said...

... kerana petiais adalah salah satu barangan yang penting dalam rumah :) Salam.