Ucapan Hari Raya ini yang paling bermakna pernah saya terima. Bergeming jiwa seketika dibuatnya. Jiwa meredup malu pada Khaliq. Siapakah saya di sisiNya sesudah Ramadhan?
Hari Raya adalah hari kemenangan melawan nafsu. Hari keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan dengan mendapat keampunan serta menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah.
Renungi sejenak kata-kata Imam Hasan al-Basri rhm: "Setiap hari yang tidak berlaku maksiat terhadap Allah, itulah Hari Raya."
Pesan ulama salaf al-saleh:
"Bukanlah Hari Raya itu orang memakai baju baru (semata-mata) tetapi maksud Hari Raya adalah orang yang bertambah keimanannya."
"Bukanlah Hari Raya itu bagi orang yang memperindahkan kereta dan rumah-rumah (sahaja), tetapi Hari Raya adalah bagi seseorang yang diampunkan dosanya."
Salam Eid al-Mubarak.
Mohon maaf zahir dan batin.
Salam Aidilfitri 1435H
6 comments:
Salam selamat hari raya aidil fitri. Semoga sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNya.
OSH, Aamiin Ya Rabb.
Assalam, Datuk! Kuih raya ada lagi ke? Atau sekurang-kurangnya cokelat panas secangkir dua :P
Begitu, buat hati-hati yang mahu meneliti kan Datuk. Erti Ramadhan berpaksi kepada peningkatan iman dan amal, namun seringkali kedatangan Syawal dijadikan alasan untuk meringan-ringankan segala apa yang kita rutini sebelum ini. Astaghfirullah ...
Zariza, Waalaikumusalam, Datin :-) Kuih raya dah habis tapi kerepek ubi dan kerepek pisang masih ada. Sedap tu makan ditemani cokelat panas sambil sembang-sembang petang :-)
Ramadhan pergi, Ramadhan datang dan bermukim hanya sebulan...itu pun sukar dimanfaatkan sebaiknya. Astaghfirullah. Berdoa kita agar tergolong dalam kalangan orang-orang yang baik amal ibadah dan amal kebajikannya walaupun berada di luar Ramadhan. Aamiin.
Kerepek ubi syoknya lawan dengan kopi panas .. cokelat panas tak masuklah!
Sememangnya kita pelupa sifatnya ye Datuk - istiqamah kala iman bertambah, namun tidak selamanya kekal begitu :(
Zariza, alaaa...saya tak minum kopi :-( Kerepek ubi lawan nescafe panas pun ok juga :-D
Post a Comment