Hidup ini kadang-kadang aneh –
ya, ada hal yang menganehkan yang menjadikan kita terkesima, membuat kita berfikir, mengajak
kita mengelamun jauh, dan kadang-kadang membuat kita lesu
berjurus lamanya. Namun ada satu perkara yang tidak akan pernah aneh dalam
hidup ini – perkara mati. Mati tidak aneh kerana tibanya mesti dan berlakunya pasti. Tidak cepat walau sesaat dan
tidak lambat walau sedetik pun. Setiap
manusia yang hidup akan mengalami kematian.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang - orang bertaubat)" - Surah al Mulk, ayat 2.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang - orang bertaubat)" - Surah al Mulk, ayat 2.
Sesungguhnya hidup ini sentiasa
berhadapan dengan mati. Seiringnya
manusia seharusnya juga sentiasa bersiap siaga untuk mati di mana pun berada
dan pada usia apa pun. Namun manusia yang fitrahnya sering lalai dan suka membantah menjadikan mati itu sekadar perkataan yang menjadi hiasan mulut dan halwa telinga tanpa rasa gusar dan takut.
Dalam senggang waktu yang celik, manusia sewajarnya
mencari saat matinya. Dalam jaga. Ketika
berdiri. Waktu duduk. Semasa berbaring. Waima dalam tidur yang kusyuk. Maka
usah sibuk bertanya matinya kita bila tetapi bersibuklah dengan urusan ukhrawi kala nafas masih kuat dihela hembus.
Jadikan setiap beban musibah sebagai asbab keinsafan, bukan berputus asa. Mudah-mudahan keinsafan itu menyemarakkan kebaikan dalam diri.
Dalam duka lara, kelangsungan
hidup perlu diteruskan. Jadikan keinsafan teraju kehidupan yang mencetus
tanggungjawab – hablumminallah dan hablumminannas. Andai tak terpikul bahu
menunaikan kewajipan itu, istiqamahlah dengan doa
untuk kesejahteraan dunia yang semakin uzur ini - dunia yang diamanahkanNya kepada umat manusia untuk menjaganya. Jangan nanti terkelu lidah untuk menjawab tentang amanah itu pada hari pengadilan kelak. Wallahua’lam.
**MH17 dan MH370 dalam ingatan dan
menjadi peringatan untuk terus tunduk kepada Maha Pencipta.
Salam.
No comments:
Post a Comment