Saturday, 21 July 2012

Hadiah

1 ~ Kau Yang kuRindui ... Selamat Hari Jadi

Aduuh, jantung mana yang tidak berdag-dig-dug dan bergelandangan jadinya apabila membaca kata-kata romantis begitu! Kata-kata itu bersama jambangan-jambangan mawar dan bentuk-bentuk hati bertaburan di atas kertas pembalut menjadikan bungkusan yang serba peach ronanya sangat bernilai.Tiba-tiba hari pun menjadi-jadi selamatnya walaupun hari itu bukan hari jadi ... dan o-la-la, ada orang yang sudi merindui saya? Auww, chori chori chupke chupke? Nah, siapa gerangan empunya diri yang menjadikan dunia saya sedikit terbalik sejurus sebelum maghrib semalam?

Maka bungkusan pun dibuka ... uiih, ada nota kecil? Errr, nota cintakah? ~ Bersama surat ini ada dua tudong untuk hadiah beri resipi Laksa Serawak. Ada dua tudong. Satu untok Rampai, satu lagi untok kawan Rampai yang beri resipi itu. Selamat terima. Sekian sahaja. Wassalam. Daripada Mak Esah.

Ooooooh, Mak Esah rupa-rupanya! Ceritanya begini - pada penghujung Mei yang lalu Mak Esah jiran selang sepuluh rumah dari rumah saya telah menelefon untuk mendapatkan resipi laksa Sarawak untuk cucunya yang sedang mengidam. Saya minta tangguh 2 hari untuk mendapatkan resipi itu dari seorang kawan. Alamak, tak sangka pula dalam masa 2 hari itu Mak Esah kerap menelefon tak kira siang malam untuk bertanyakan sama ada resipi itu sudah ada di tangan saya. Adeiii, pening juga dibuatnya namun saya perlu bersabar melayan kerenah Mak Esah yang berusia 78 tahun itu. Setelah memberi resipi itu kepadanya, Mak Esah menghulurkan sekeping sampul hijau kepada saya. "Untuk bayaran resipi," katanya. Saya menolak pemberian itu. 

Kedua-dua tudung itu cantik. Saya suka. Satu berwarna merah hati dan satu lagi kuning langsat. Alhamdulillah.


2 ~ Lir Ilir

Lir Ilir juga satu kejutan yang saya terima awal minggu ini. Hadiah yang sangat cantik lagi berharga dari Bro Keng. Senikatanya punya makna yang sangat dalam dan sarat dengan tamsil untuk direnung, diselami, dan difikir kemudian bertindak sewajarnya. Kepada saya, irama lagunya mencengkam jiwa dan luah liriknya menebak rasa. Ia mampu membawa diri pulang kepada Khaliq. Alhamdulillah.

*Lirik lagu ini pada entri di bawah.


3 ~ Ramadhan

Alhamdulillah. Ramadhan hadiahNya setiap tahun dianugerahkan kepada sekalian umat Nabi Muhammad, Salallohu'alaihiwassalam. Melimpah ruah kemewahan yang diberiNya pada bulan ini. Bersyukurlah kita akan hadiah ini dengan melunaskan amal ibadah dan amal kebajikan sebaik mungkin. Usah persiakan setiap detik yang ada selagi punya ruang dan daya upaya. Jangan tinggalkan ibadah yang wajib; perbanyakkan ibadah sunat.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka :)


Salam.
1 Ramadhan 1434H

5 comments:

julietchun said...

Orang berbudi kita berbahasa kata mak esah.

salam ramadan rampai.

Unknown said...

;)

betul2....

org berbudi kita berbahasa...

salam ramadhan

afid said...

salam ramadhan cik rampai..berjumpa lagi kita tahun ni~~:)

Zariza said...

Salam Ramadhan Datuk Seri Rampai sahabat saya! Duh lama sungguh kita tidak berbicara kan? Saya sendiri sudah meninggalkan banyak sawang di blok .. mujur saja tiangnya tidak roboh! :D

apa khabar Datuk? semoga ramadhan karim dapat dilangsaikan dengan nilai iman dan takwa yang berpanjangan ..

oh oh Mak Esah sungguh comel .. saya tercari2 siapakah gerangan yang perlukan resepi laksa Terengganu pula untung2 dapat tudong juga hehe

Bunga Rampai said...

Maaf kalian kerana lambat respon dek dihambat tugasan yang menggunung. InsyaAllah saya akan beraya di blog kalian :)


Juliet, salam syawal Juliet :)

Lilly, :) salam syawal...

Afid, bertemu lagi Afid... salam syawal :)

Zariza, Khabar baik Datin. Alhamdulillah selesai Ramadhan. Syawal pula sibuk dengan makan makan. Inilah masa untuk menmanfaatkan Cleanz Tea... hehehe..