Tuesday, 6 March 2012

Nilai sehelai busana

Untuk membeli sehelai blaus pun bukan main payah lagi. Bukannya tidak ada. Ada berlambak sebenarnya. Berpuluh fesyen dan berpuluh jenama pula tu! Malangnya tidak ada sehelai pun yang berkenan di hati kerana ada sahaja sesuatu tentang blaus itu yang kurang enak pada pandangan mata. Ada yang labuhnya dah molek benar tetapi lengannya hanya sampai ke siku. Ada yang segalanya okey tetapi potongannya pula macam sarung nangka. Lagi aneh, kebanyakan busana trend terkini kainnya nipis yang sesuai juga dijadikan tirai atau kelambu.

Pusing punya pusing mencari blaus, akhirnya aiskrim McD juga yang lumayan dilayan. Sejuknya melegakan ruang fikir dan enaknya mengundang ingatan kepada kata-kata berikut:

"Man in the early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I'm wearing represents the highest level of thought and civilisation that man has achieved, and not regressive. It's the removal of clothes again that is regressive back to ancient times."

Demikian jawapan Tawakul Karman, salah seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2011, apabila beliau ditanya mengenai hijab yang dipakainya oleh para wartawan yang berpendapat pakaiannya itu tidak setaraf dengan tahap intelek dan pendidikannya.


OneU,
4/3/2012

Salam.

3 comments:

julietchun said...

saya pun heran tgk balus sekarang nipis sangat tapi harganya alahai, melampau. Nak pakai pun tak tergamak.

Bunga Rampai said...

Juliet, paling selamat... beli kain dan jahit sendiri atau hantar kat tukang jahit.

Ordinary Superhero said...

Like the quote; how true...