Sunyi malam ini membangkitkan ingatan kepada Rini, budak perempuan penjual kuih di rumah pangsa Permai di pinggir kota. Dua minggu sudah dia tidak ke kelas. Minggu lepas juga tidak ke kelas. Pagi semalam dia ada di kelas tetapi datangnya lewat setengah jam. Di dalam kelas Rini asyik menguap. Kadang-kadang dia menguap besar-besar tanpa menutup mulutnya lalu menampakkan sebatang gigi atasnya yang rongak berwarna coklat, dan nafas yang menderu keluar dari mulutnya membawa bau yang sangat hamis. Bau itu membuatkan murid-murid lain menjauhkan diri darinya. Letih dan mengantuk sangat agaknya dia sehinggakan apa yang ditanya dijawab dengan pandangan lesu lagi kosong, sekosong halaman bukunya yang tidak bertulis apa-apa pun.
Rini membantu ibunya, bukan sahaja menjual kuih malah membuat kuih. Setiap hari selepas solat Subuh Rini berada di dapur untuk melenyek pisang kemudian membuat adunan untuk cucur kodok yang bakal digoreng oleh ibunya yang bangun lebih awal untuk menggoreng keledek dan membuat sandwich.
Misi menjual kuih bermula pada jam 6.30 pagi di tingkat tiga. "Kuih! Kuih!" Teriak Rini di sepanjang koridor di tingkat tiga itu. Kemudian dia beraleh ke tingkat empat, lima, enam, dan ada kalanya hingga ke tingkat sepuluh. Habis atau tidak kuih jualannya, tepat jam 7.00 pagi Rini bergegas balik ke rumah. Rini hanya ada 20 minit untuk bersiap dan bersarapan sebelum dihantar ke sekolah bersama adiknya yang berumur 8 tahun dengan membonceng motorsikal ibunya.
Masa untuk menjaja kuih dipanjangkan pada hari Ahad yang kadang-kadang melewati jam 9.00 pagi iaitu waktu yang sama bermulanya kelas bimbingan. Ibu Rini sedar akan hal ini dan berjanji tidak akan membebani Rini pada tahun hadapan iaitu tahun Rini menduduki pepriksaan UPSR. Apakan daya kata ibu Rini, seorang ibu tunggal, tahun ini dia memerlukan wang sampingan untuk melunaskan hutang-hutang ayah Rini yang kini tinggal di pusat serenti.
Salam.
8 comments:
pengorbanan besar sorang isteri,ibu dan anak.
Cian... Aku benci lelaki seperti ini
kesian rini....
Assalamualaikum,
Salam rindu Datuk Seri :)
Lama nian hamba menyepi, mencari ilham kurniaan Ilahi..
Semoga kamu sihat-sihat selalu Datuk! Oh, saya belum ada ruang senggang untuk minum teh panas lantaran masa terlalu memburu. Hanya air mineral yang sempat disapu ;)
lamanya tak jengah blog ini...
apa khabar penulis?
dulu dulu ada juga menjengah...teruskan la menulis..
atau turut berubah ke twitter? :)
Juliet, mudah-mudahan dipermudahkanNya segala urusan mereka.
Kingbinjai, semoga ada kesedaran dan keinsafan dalam dirinya.
Jinggo, begitulah kehidupan yang dilalui oleh sebahagian manusia. Moga Rini terus bersabar dan tabah, dan masa hadapannya lebih baik.
Zariza, waalaikumu salam Datin :) Haih, tekejut saya melihat kelibatmu di sini. Lama benar menyepi dan rumahmu pun sentiasa berkunci. Alhamdulillah saya baik-baik saja.
Salam rindu juga buatmu :)
Wira Nordin, alhamdulillah saya baik-baik saja. Terima kasih kerana masih mengingati blog ini. Twitter? Hehehe... saya tak reti nak tweet... bukan burung :P
MasyaAllah, mcm mimpi bila dapat balasan dari puan penulis..
puan menulis buku juga? mak saya akan ke KL hujung minggu nanti..katanya ingin bertemu penulis buku ketika pesta buku di KL..puan terlibat?
Wira Nordin, saya penulis blog... yang kurang rajin menulis akhir akhir ini :(
Pesta buku... saya hanya di belakang tabir. Sampaikan salam saya kpd emak Wira, mudah mudahan beliau dapat bertemu dgn para penulis idamannya :)
Post a Comment