Assalamu 'alaikum Bunga Rampai,
Begitu sibuknya saya dengan hambatan pelbagai urusan dunia dan akhirat sehingga lewat menghulur ucap selamat. Benarlah seperti kata-kata almarhum datuk saya bahawa hidup ini adalah suatu perjuangan yang panjang dan berterusan dan kita semua berada di tengah medan pertempuran itu melawan musuh kita (Iblis) sambil memenuhi tuntutan jasadiah dan rohaniah sebagai manusia, seterusnya berkomunikasi dengan manusia lain. Memang suatu tugas berat yang memerlukan keseimbangan dan kita sendiri yang menseimbangkannya. Doa saya semoga kita tidak berputus asa dalam perjuangan ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri minnal aidiwalfaidzin,
NurSyawal
Salam Aidilfitri 1432H,
maaf zahir dan batin.
6 comments:
Salam
Selamat Hari Raya, jika ada ruang kekhilafan diri maka tangan dihulur maaf dipohon
Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Bunga Rampai.. Maaf Zahir Batin.. :)
Salam. Kesibukkannya dengan hambatan pelbagai urusan dunia dan akhirat, pasti dimaafkan akan kelewatannya.
Saya belum sibuk dengan hambatan, tapi pautan dunia.
SHIMI dan Achik, saling bermaafan peneguh silatulrahim :)
Bro Keng, pautan dunia juga penting asalkan ianya bertempat.
Kelewatan..
Selamat Menyambut Ediul Fitri yang lepas.. apa yang lebih penting bukanlah menyambut, tetapi meneruskan ruh Ramadhan dan Ruh Eidul Fitri..
Moga menjadi dari kalangan orang yang kembali kepada fitrah dan berjaya dengan janji Tuhan( minal aaidin wal faaiziin)..
Bayu Senja, Terima kasih atas peringatan itu. Amiin.
Post a Comment