Kiranya tadi mahu mengira bintang kala ke masjid untuk berterawih namun hujan pula yang turun. Mula-mula boleh dihitung titisnya. Setitis setitis jatuh di atas atap genting lalu menjadi halwa telinga yang melunakkan rasa hati.
Tiba-tiba mendengus datangnya hujan. Lebatnya! Bergelandanganlah irama jiwa dan berantakan jua hati dengan fikir – pergi atau tidak, tidak atau pergi?.
"Hujan petanda kasihNya untuk manusia."
Aaah, redah aje dong!!!
Sesampai di masjid hujan pun pergi.
Suara Imam menggantikan suara hujan. Mendayu-dayu dan yakin sekali suaranya pada malam-malam terakhir Ramadhan ini. Merayu dan memohon keampunan dari Rabb Yang Satu. Kusyu'. Amat menusuk nubari. Pedih hati ini menyambut keluhannya. Aduhai, rebah sujud jua jiwa yang mendengar Qunutnya. Sebaknya dada … dan akhirnya berderai jua si air mata.

Salam.
5 comments:
Moga ketemu dengan apa yang dicari dan diimpikan oleh semua umat Islam pada malam-malam terakhir ni..
ehh, kat mana tu yg imamnya mendayu-dayu..
:-)
SHIMI, Amiin.
... cair hati ini mendengar suara imam tu ... suara yang bisa membawa jiwa kita kepadaNya :)
err... hujan yang tu... ye lah... kalau hujan yang satu lagi tuhhhh... errrr.... :P
Wuhaib bin Al-Ward ketika melihat kegembiraan sekumpulan manusia yg terlajak dr yg selayaknya, beliau berkata : Apakah mereka itu orang yang diterima amal mereka? sekira benar diterima, adakah ini layaknya cara orang bersyukur? atau amal mereka tidak diterima pun? dan adakan ini layaknya cara orang yang takut?
TaqabbalaLLahu minna wa minkum.
Kulla am wa antum bi Khair..
Moga sywawal ini kita sambut selayaknya sebagai HAMBA yg taat..
Pa'chik, hujan air mata ke? :P
Bayu Senja, Terima kasih berkongsi riwayat.
Amiin.
Post a Comment