: 1 Syawal.
Budak lelaki itu yang berusia lebih kurang 11 tahun menongkat dagu di muka pintu masjid. Dia bertakbir perlahan-lahan antara kedengaran dengan tidak. Sekejap-sekejap pandangan matanya yang tenang merenung langit. Sesekali dia memandang lantai. Dia tidak mempedulikan sesiapa disekelilingnya. Keasyikannya itu menarik perhatian seorang Rampai.
"Ooii, jom aah main mercun ... solat lambat lagi tu!" Panggil temannya.
Dia menggeleng- gelengkan kepala.
"Bodoh aah ... duduk kat situ! Pekik kawannya tadi lalu beredar pergi.
Dia masuk ke dalam masjid 'pabila tiba waktu solat.
Takbir pun sambut-bersambut. Gemanya membelai kalbu. Jauh jauh di lubuk rasa ada gelombang yang membadai atma dan menggetar pelupuk mata. Aduhai, terluah tidak kasih yang bersimpuh di relung hati. Akhirnya jiwa akur mengalah dan mutiara-mutiara jernih berderai jatuh ke atas riba.
Usai solat, budak lelaki itu kembali bertakbir pelahan-lahan antara kedengaran dengan tidak di depan pintu masjid. Dia menunduk lugu.
"Dik, tak main mercun?" Tanya si Rampai.
Dia mendongak. Mereka saling merenung seketika. Dia kemudian memerhati kawan-kawannya yang kini ligat bermain mercun di luar pagar masjid.
Dia tersenyum. "Hairan, Allah kata ... sesungguhnya dunia ini adalah hiburan yang melalaikan ... tapi ada manusia yang masih tidak mahu insaf."
Si Rampai terkesima.
"Temankan saya bertakbir, boleh tak? Di sini." Dia melirihkan senyuman sambil menepuk-nepuk lantai jubin di sebelah kanannya. Si Rampai menurut, dan mereka pun bertakbir dalam suara yang hanya mereka saja yang dapat mendengarnya.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar ... Laa ilaaha Ilallahu Wa Allahuakbar ... Allahhuakbar Wa Lillah Ilham.
Tidak lama kemudian budak lelaki itu meminta izin untuk pulang. Salam dihulur, dan mereka pun berpisah kala mentari semakin gah melayur pagi yang damai.
Salam Aidilfitri 1431 H.
Maaf zahir dan batin.
16 comments:
seorang rampai tu tak kasik duit raya eh kat budak tu? :P
selamat beraya...
Salam Bunga Rampai,
"salam Syawal, jua mohon maafkan jika terkurang dalam berbahasa".
blm matang, tp bijak berfikir...
Selamat berhari raya :)
Moga kata hikmah budak tu lekat sepanjang hayat.
Salam Eidul Fitri kepada Cik Rampai dan keluarga. Maaf sedikit terlewat.
selamat hari raya.....
salam aidilfitri.....
ampon dan maaf di pohon.....
jika setiap entry ku membawa kesakitan dan kegelisahan di hati.....
Salam bunga rampai..
Salam Syawal, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
gitulah manusia, nanti tunggu terantuk sudah.... baru nak tengadah ke langit
salam bunga rampai,
salam di Syawal yang mulia, jika pun terlewat itu tidak bererti terlupa kerana waktu adakala tidak memberi izin untuk berbicara.
Ya, akan diberkatilah insan-insan yang menyambut Syawal dengan takbir penuh kesyukuran.
beautiful. =)
assalamualaikum cik rampai...dah lama gila tak singgah2 blog org ni.syawal pun dah habis kalau nak ucap selamat raya. nak ucap selamat dalam apa jua yang cik rampai lakukan je lah.hehe
dh nk raya deepavali nih.. ihiks
Datuk Seri!!! Rindu saya bukan kepalang! Ke mana saja kamu kini? Begitu asyik dengan tugasankan? Barangkali terbenam dalam gelombang kesibukan .. moga kam baik-baik saja Datuk!
Saya juga masih dilambung badai, haluan masih berolak, meski destinasi sudah kupasti. Jika tidak kuat menongkah arus, harus tersadai di pulau asing .. oh, doakan saya Datuk .. aku ingin segera tiba!
Teh Earl Grey ada menantimu dari Whittard Chelsea :)
Takala ku lewati daerahmu, hanya sepi yang kutemui. kemanakah menghilangnya. Andai rindu itu bisa kutiupkan ke angin lalu, akan kukabarkan kini ada yang menantimu.
Pa'chik, moga dapat bertemu dengannya lagi pada Raya Haji ini. Selamat berkorban Pa'chik :)
Zulkifli, salam kembali. Bahasa merapatkan silatulrahim.
Pak AJ, :)
Mineral, akal diasah dari kecil.
Zalisa Maz, Selamat berHari Raya Korban pula :)
Bro PK, Amiin.
OSH, lewat tak mengapa. Ingatan itu yang penting.
Jinggo, saling bermaafan, itu lebih baik bagi kita.
Yus, salam kembali. Kita berRaya Haji pula :)
Mak Su, kenalah selalu beringat.
Kamaruladli, atas izinNya jua. Alhamdulillah.
Suka Bebel, waalaikumusalam. Saya lagilah ... sekejap ada, lama tak ada :D
En_me, Deepavali pun dah berlalu! Aidil Adha pula akan tiba.
Datin Iza, alhamdulillah saya masih mampu ke sini untuk menyiar rindu seadanya. Doa saya sentiasa untuk Datin. Jadikan saja pulau asing itu pulau cinta buat sementara ini demi ilmu yang dicari. Oh oh, saya tetiba rindukan Yorkshire tea!
Serimaya, alangkah berbunga-bunga hati ini mengetahui ada yang masih sudi menanti! Moga Dia merahmatimu.
Post a Comment