~ Di Hospital. Untuk menunggu ujian gastro pun perlu tunggu lama-lama begitu! Mujur ada teman bersembang yang bernama My Dog Is A Carrot – A book of poems by John Hegley (Walker Books).
My doggie don’t wear glasses; A comparison of logs and dogs; The bare BONES of a poem; Bully for you; What a poem’s not; The emergensea; Knee poem; My dog is a dog. Demikian antara tajuk-tajuk sajak Mr. Hegley itu. Agak aneh dan lucu bunyinya.Ada lukisan-lukisan lagi, macam lukisan budak-budak tadika! Bagaimanapun, ada beberapa sajak yang ligat merempuh fikir. Umpamanya sajak ini:
My doggie don’t wear glasses; A comparison of logs and dogs; The bare BONES of a poem; Bully for you; What a poem’s not; The emergensea; Knee poem; My dog is a dog. Demikian antara tajuk-tajuk sajak Mr. Hegley itu. Agak aneh dan lucu bunyinya.
Key poem
Being a key
is my curse.
I live on a ring
in a purse
or a pocket
rarely seeing my true home.
Only for a moment,
when I unlock it.
~ Di Great Eastern Mall. Sedang menunggu teman di depan sebuah kedai. Dua orang kanak-kanak Melayu bersama ibunya sibuk memilih-milih dan mencuba-cuba segala macam pakaian dan peralatan yang seperti dalam filem Harry Potter ‘tu. “Great! Halloween party here we come!” Kata si ibu tersenyum lebar setelah membuat pembayaran. “Yeay, nak jadi hantu Haloween!” Jerit seronok seorang anaknya. Alahai!
~ Ke kedai buku. Aduuh, diari-diari pelbagai warna dan gaya menyedarkan hati nan alpa betapa 2010 sudah hampir ke perhentiannya! Kira punya kira, imbas punya imbas maka bersoallah hati: “Apakah kandungan diariku yang telah dicatat oleh Tuhan sepanjang hidup ini?” Aduuh, merinding jadinya diri!
~ Sidang di IIU. Kawan di sebelah kanan sudah mulai bosan. Dia menconteng-conteng buku nota di hadapannya. Kemudian melukis-lukis gambar kucing dan itik. Juga bunga raya dan pokok kelapa. 'Pabila halaman penuh, halaman baru diselak. Dia memandang halaman kosong itu sambil pensilnya diketuk-ketuk tanpa bunyi di atas meja. Kemudian dia diam seketika. Kemudian dia menulis perkataan besar-besar memenuhi halaman kosong itu: "Hatimu adalah cermin dirimu." Dia tersenyum. Orang di sebelahnya yang memerhati juga tumpang senyum.
~ Malam-malam yang gersang. Bulan sedang lena di peraduan langit. Bintang-bintang pula menghantar sang bayu ke bumi. Sesekali bayu bersimpuh di qalbi sambil meredupkan sukma. Ada waktu-waktunya bayu bersenandung pesan yang menggelisahkan perdu rasa: "Tidakkah kamu takut betapa terlalu banyak saksiNya – dari Kitab, dari para Nabi, malaikat, malah dari anggota tubuh badan kamu sendiri bangkit menjadi saksi bagi pihakNya. Bagaimana mahu menafikan kesalahan yang kamu lakukan walaupun ia hanya sekadar bisikan mulut tanpa suara atau gerak hati tanpa bunyi? – Dia tetap mengetahuinya! Bersedialah untuk detik itu.” Ya, bersedialah diri kerana masa tidak pernah menunggu manusia!
~ Malam-malam yang gersang. Bulan sedang lena di peraduan langit. Bintang-bintang pula menghantar sang
~ Walau hilangnya tidak berkhabar dan adanya cuma sebentar, empunya teratak masih lagi menyiar rindu di sini. Meluah rasa, mengunjur fikir, dan berkongsi cerita seadanya.
Salam Aidiladha,
1431 H.
12 comments:
salam cik rampai..
Harapnya sihat2 sahaja.:B
Salam kak,
Semoga sihat2 ok. Saya sangat suka membaca di sini sejak dulu lagi.
salam aidiladha :P
salam eid sahabat.....
berkorban rasa utk eid itu pun terasa susah.. apakah lagi berkorban segalanya...
Allah berbicara dengan pelbagai bahasa.... dan sekurang-kurangnya sy tahu... dia masih berbicara denganku..
salam bunga rampai, menjengak ke sini kalau-kalau ada hidangan. tak sia-sia kunjungan temanmu ini walau tiada kopi panas, jus orenmu membuat mindaku segar dan terus berfikir.
Salam. Kongsilah selagi ada yang boleh dikongsi... :)
Salam sewangi namamu, seharum silaturahim kita :)
Datuk sahabat saya,
Hari-hari terus berlalu, satu persatu. Semoga setiap apa yang kamu kerjakan diganjari kejayaan. Oh oh .. gastro test? Harap saya keadaanmu tidaklah parah .. moga sihat sejahtera di bawah lindungan rahmat-Nya selalu hendaknya ..
Saya jua jarang2 bersiaran, namun sukacita ingin saya maklumkan yang saya kembali ke teratak lama .. entah kenapa ada rindu berputik di situ, ada kenangan mengelopak di sana :)
Semoga Zulhijjah memberi seribu makna pada diri kita sebagai hamba .. Salam rindu .. secangkir teh Yorkshire untukmu :))
Helloween?
Pui!
BR telah memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan karya baru.
Terima kasih!
salam kak... moga perkongsian membawa makna... hehehe.. best bila ada peneman tu..
...... belum pulangkah? :(
apa khabar?
Afid, salam kembali. Alhamdulillah sihat seadanya :)
Iris, salam kembali. Terima kasih dan amat menghargainya.
Julietchun, salam Maulidul Rasul la pulak :)
PnConfused, beruntungnya sahabat kerana Tuhan masih berbicara denganmu.
Serimaya, salam kembali. InsyaAllah lain kali hidang aiskrim :))
Blackpurple, salam kembali. Sharing is caring. ;)
Izariza, salam seindah namamu Datin :) Entah ke mana-manalah saya ini, sukar sekali duduk diam di teratak ini atau bersiar-siar di laman teman-teman. Terima kasih kata-kata manismu itu. Nanti saya berkunjung ke teratak lamamu. Sedang menulis ini sambil minum teh serai panas. Aromanya ... oooh! :))
Bro PK, sama-sama kasih dan selamat berkarya.
Faridmw, salam kembali. Paham...paham ... hehehe!
Mak Su, alhamdulillah khabar baik, dan mudah-mudahan Mak Su juga begitu :)
Post a Comment