Monday, 9 August 2010

Yang pulang. Yang tinggal. Yang datang Ramadhan.

Yang pulang Mak Melah.
Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raji'un.
Mudah-mudahan tenang di sana dan berada di dalam Liqa Allah.
Al-Fatihah.

Yang tinggal kita. Pulang kita entah bila namun pulang itu tetap. Jalannya sudahpun tersedia dan kita sedang berjalan di atas jalan itu. Jalan yang lurus, bersih dan indah. Cumanya, manusia saja yang pandai-pandai membuat jalan itu bersimpang, berbengkok, beralun, berkerikil dan penuh semak-samun. Begitulah, yang tinggal akan terus diuji keimanannya sehingga saat waktu pulang.

Yang datang Ramadhan, purnama yang tidak pernah  melupakan manusia dengan membawa rahmatNya yang tidak terhingga, juga membawa pesanNya. Datangnya menyuruh manusia membersih dan mensucikan diri. Hadirnya mendidik manusia untuk bersabar dan beristighfar. Tibanya untuk membimbing manusia agar berakhlak cantik . Datangnya untuk mengingatkan manusia supaya saling kasih-mengasihi. Ramadhan hadirnya sekejap, maka itu hidupkanlah ia di kalbu kita dan semarakkan rasa cinta yang paling kudus untuk Laylatul Qadar.

“Subhanallah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku kembalikan rasa syukur kepadaMu Ya Allah di atas kemurahan rahmatMu mengalirkan cahaya RamadhanMu yang menjadi nikmat kepada batinku. Sesungguhnya setiap saat dalam Ramadhan ini aku merasa cukup hampir denganMu.

Engkaulah cahaya jika aku dalam kegelapan kerana Engkau sentiasa memberikan petunjukMu. Hanya kerana aku manusia yang dhaif ini sering alpa, maka seringkali aku kehilangan arah walaupun petunjukMu melintas di hadapanku; dan ketika hatiku penuh dengan pelbagai soalan, Kau sentiasa menjawab setiap pertanyaan dan kemusykilan hatiku dengan wajahMu yang berseri-seri.

Ya Allah, Engkau terlalu baik kepadaku, dan ucap syukurku terlalu remeh untuk segala kebaikan yang telah Engkau berikan. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Ampunkan aku dan segala kealpaanku selama ini Ya Allah. Allah Hu Ya Allah.”

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Sambil-sambil berbuka dengan juadah yang berselerak di atas meja, janganlah lupa kepada mereka yang berselerak tanpa meja dan juadah.

Salam Ramadhan.
1431H

20 comments:

SHIMI said...

BR, Salam Ramadhan.

Unknown said...

sahabat...


ramadhan itu terpilih untuk tetamu2Nya, berdoalah agar cukup sebulan ini... MAdrasah ramadhan yg hebat...

seorang ustaz dlm majlis baru2 nih bilang, "berdoalah agar sampai kita menjadi tetamunya, selepas 6bulan, berdoalah agar amalan kita diterima, dan 6bln kedua itu berdoa agar kita berjumpa semula ramadhan"


salam ramadhan

julietchun said...

tahun ni memang meja kami akan berselerak ketika berbuka sebab ada anak buah yg kecik tu :P

salam ramadhan rampai.

Ordinary Superhero said...

Cik Rampai, Salam Ramadhan Mubarak to you and family.

Bunga Rampai said...

SHIMI, mudah-mudahan penghayatan tahun ini lebih baik.

PnConfused, terima kasih sudi berkongsi ilmu.

Julietchun, jenuhlah mengemas lepas berbuka! :P

OSH, syukur kita diberi peluang lagi untuk menghayati Ramadhan.

Pegawai Khalwat said...

Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

achik said...

salam ramadhan kak BR.. :)

serimaya said...

salam Bunga Rampai,
Sepi ...dan kembali lagi. Salam Ramadhan, moga perjalanan sesama kita terus diberkati. andai kata menguris rasa mohon maaf jua ku pinta...

Bunga Rampai said...

Bro PK, syukur ... kita masih berpeluang berpuasa.

Achik, moga taqwa meningkat pada bulan ini dan terus meningkat hingga ke Ramadhan tahun depan.

Serimaya, salam kembali. Sepi tak bermakna sirna, kembali tak bermakna kekal. Mudah-mudahan perjalanan kita dipermudahkanNya.

Anonymous said...

selamat datang ramadhan..

selamat berpuasa :)

Petiais said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak.

mari2 kejar syurga

Bunga Rampai said...

Rena, Ramadhan datang bersama ujian. Moga kita lulus dengan cemerlang :)

Petiais, syurga itu tak jauh andai tahu tertib mengejarnya.

AKMA said...

Bunga Rampai,

Salam Ramadhan.

AKMA
Seberang Takir

Anonymous said...

Salam Ramadhan Bunga,
Semuga rasa taqwa mencurah2 bagai air terjun menyejukan kalbu zulmat.

Bunga Rampai said...

AKMA, terima kasih atas ingatan dan kunjungan AKMA. Sama-sama kita muliakan bulan yang penuh keberkatan ini.

Bang Lope, Amiin. Taqwa penyejuk dan penenang kalbu zulmat.

Mardihah said...

salam ramadhan!

Mak Su said...

kakak maksu baru gaks pergi.....

13may said...

Salam ramadhan dan selamat hari raya BR :)

en_me said...

salam ramadhan jerr..

Bunga Rampai said...

Mardihah Adam, moga Ramadhan yang telah dilalui memberi keinsafan.

Mak Su, moga rohnya aman di sana.

13may, selamat tinggal Ramadhan. Salam Aidilfitri :)

En_me, mudah-mudahan berkat Ramadhan berpanjangan sepanjang masa.