Wednesday, 4 August 2010

Mid, jangan butakan hati kau!

Pagi yang tenang tiba-tiba menjadi kecoh.

"Aku nak mati! Aku nak mati!" Jerit Mid mengongoi-ngongoi sambil kedua-dua tangannya memukul-mukul bantal di atas riba yang mulai lencun dek air mata yang menjurai turun dari sepasang matanya yang kian sembab.

"Nak mati kat mana dan 'camana? Terjun dari tingkat 10? Digelek keretapi? Minum racun?" Balas Ria dalam nada geram. Mukanya cengih.

Soalan itu menghentikan seketika tangisan Mid. Tidak disangkanya sama sekali Ria yang selama ini berlembut tidak pernah jemu membujuk dan menasihatinya mampu mencetuskan soalan-soalan sebegitu.

"Tapi kalau nak mati pun bukan kat sini, okey! Pergi jauh-jauh. Pi Jepun, pi Korea! Paling tidak pi Pulau Ketam." Lagi saranan dari Ria. Bisa lantunan suaranya yang tinggi meletuskan tangisan Mid yang lebih kuat.

Kebosanan Ria melayan Mid sudah melampaui kesabarannya. Dulu masa Mid putus cinta kali pertama, dialah yang memujuk dan menasihati. Mid akur. Kali kedua putus cinta pun Mid menurut kata-kata nasihatnya. Namun kali ini entah apa yang merasuk hati dan fikirannya sehinggakan dia mahu mati!

"Cinta ... Mid ... indah dirasa jiwa kala ia mekar. Merosak kalbu 'pabila ia dicemar. Cinta hanya akan tenang bila cinta sesama manusia itu dihadirkan bersama cinta Tuhan. Cinta Tuhan mengharumkan jiwa sepanjang masa walau cinta kau dengan lelaki putus di tengan jalan. Jangan butakan hati kau Mid ... hanya kerana putus cinta."

"Heh, aku sedang merana ni tau! Yang hang berpuitis tu apa kes? Kuno sungguh hang eh!"

Ria faham benar, kalau Mid sudah mula ber'hang-hang' tandanya dia tidak perlu lagi dilayan. Harus ditinggalkan sendirian.

"Well, tak da kes yang lebih parah selain melihat hang yang lemah hati."

"Aku nak mati! Tak guna hidup lagi!"

"Rugi kalau kau mati sekarang. Kau tak nak kawin? Kau tak nak rasa macam mana mengandung tu? Kau tak nak jadi ibu? Kau tak nak bertaubat sebelum mati?"

Mid terus mengongoi. Kedua-dua telinganya ditutup dengan telapak tangannya. Kata-kata Ria itu bagaikan letupan bom yang meleburkan hatinya yang sedia retak.

"Mengucap Mid. Mengucap. Tuhan masih sayangkan kau. Ada yang lebih baik dari dia yang Tuhan sediakan untuk kau. Jangan butakan hati kau hanya kerana putus cinta. Tuhan benci pada orang-orang yang berputus asa."

Tangisan Mid tidak juga reda-reda. Sekejap mengongoi sekejap berjela panjang. Ria meninggalkannya sendirian. Lambat-laun tenanglah hatinya, mudah-mudahan. Bisik hati Ria.

 
Salam.

10 comments:

julietchun said...

Hidup tak selalunya indah, biarkan yg indah hidup dlm kenangan, kita teruskanlah perjuangan.

salam rampai :P

Bunga Rampai said...

Juliet, salam kembali :) Benar kata-kata itu.
... dan yang tidak indah, renung dan fikir sebelum dilupakan kerana di dalamnya terselit pengajaran untuk dimanfaatkan.

Pa'chik said...

amek laiter... bakor je jari dia... kalau dia sakit dan marah... cakap ngan dia tak yah berangan la nak mati... :P

Bunga Rampai said...

Pa'chik, hahaha ... boleh tersentak kawan tu kalau buat macam tu!

Unknown said...

haihhhhhhhhhhh...


emosi tiada sempadan kn shbt?

I'm Seri said...

Salam sis,

hanya jalani hidup ikut aturan Nya.

Thanks entry ni.

achik said...

takat putus cinta je sampai nak mati bagai.. alahai.. :(

Bunga Rampai said...

PnConfused, emosi ada sempandannya, cuma manusia saja yang meruntuhkan sempadan itu dek kebodohan diri sendiri.

IRIS, salam kembali. Ya, semudah itu tapi ramai yang masih ingkar.

Achik, begitulah rapuhnya hati manusia :(

Pegawai Khalwat said...

Aku ada kawan nama Mid juga.

Tapi dia tak mau bunuh diri, dia bukak kedai makan dengan nama Mid Gulai Kawah dan jual gulai bawah umbut pisang.

Dah masuk dalam siri Warung Kita di Astro. Kalau singgah sini, habaq la, boleh belanja makan di sana (Siang sahaja).

Bunga Rampai said...

Bro PK, begitulah kalau kekuatan dalaman teguh - sentiasa positif.

Terima kasih nak belanja. Baik sungguh orang Penang! :)