Tuesday, 26 May 2009

Samseng

Vrrroooomm ... vrrrooomm ... vvrrrooooooommm!!!
Demikian bingitnya bunyi deruman empat buah motorsikal Mat Rempit memotong motorsikal Faiz. Mereka bagaikan bermain sarkas katanya. Sekejap roda hadapan diangkat-angkat ke atas. Sekejap lagi dihentak-hentak di atas jalan raya. Ada yang melepaskan handle. Ada pembonceng yang berdiri mendepang tangan. Faiz yang baru pulang dari kuliah jam sebelas malam Sabtu lalu hanya beristighfar melihat senario itu. Tiba-tiba ...

... vrrooom! Sebuah motorsikal tiba di sebelah kanannya dan si pembonceng melibas belakang badan Faiz dengan rantai besi! Faiz terpelanting ke sisi jalan. Pandangannya kabur. Mat Rempit tadi menghampiri Faiz lalu mengambil dompet dan telefonnya. Mereka sempat memberikan senyuman kepadanya sebelum berlalu pergi.

Belakang badan Faiz bengkak, dan traumanya entah bila akan pulih.


Salam.

32 comments:

julietchun said...

salam.
kalo kita cakap mat rempit ni jahat dorang marah. Dorang kata kita tak memahami kehendak anak2 muda sekarang.bila agaknya mereka nak berubah, anak bangsa kita tu.

Ajzie said...

Adoiiiiiiiiiiiii kesian nya..

achik said...

camne la boleh tergamak buat camtu.. isk!!!

Pegawai Khalwat said...

Senyum itu sedekah.

Tapi kalau aku ada dekat situ, harus aku sedekah penerang pada orang yang sedekahkan senyuman tu.

SHIMI said...

diorang terlalu ganas dan seakan berlagak dengan promosi mengenai rempit akhir2 ini.

Simpati mendengarnya. Moga setiap kebaikan dan kejahatan itu dibalas oleh Allah sewajarnya

Sya said...

Dah melampau Mat Rempit ni.. dah bukan kerana anak2 tak cukup perhatian dah skrg..

Perlukan tindakan undang2 yg tegas terhadap Mat Rempit ni

Pa'chik said...

kenapa kata semua mat rempit??? yang tu geng penyamun...

macam polis ramai je yang amek rasuah... nak hapuskan polis jugak ke???

menteri ramai je pencilok... tak nak hapuskan jugak ke menteri???

dah tau penjenayah banyak... apa kejadah polis duk sibuk pasal benda lain, sibuk nak tangkap orang mogok lapar... bio je la derang tu berlapar sampai mampus pun...

Bunga Rampai said...

Julietchun, salam kembali. Kalau dah jadi samseng jalanan, perlu masa yang panjang untuk sedar. Itu pun kalau mahu sedar.

Ajzie, memang kesian. Bengkaknya semakin hilang tapi traumanya masih menggangu!

Achik, kepada yang tidak ada rasa kemanusiaan, membunuh pun tergamak!

Bro PK, seharusnya begitulah, jangan kasi can sama dia!!

SHIMI, barangkali itu cara mereka protes.
Amin. Dia Maha Melihat.

Kak Sya, dah jadi sampah masyarakat – buang je kat tempat pelupusan sampah tu!

Pa’chik,
kenapa kata semua mat rempit??? yang tu geng penyamun...
Data polis menunjukkan Mat Rempit sekarang bukan saja berlumba haram malah terlibat dengan dadah dan menyamun. Operasi baru-baru ini nyata mat rempit bawa senjata... pisau, rantai besi, gunting. Realitinya... sesape yang naik motor vrroom vroom vroom tak kira lumba haram atau menyamun... semuanya dimuatkan dalam kategori Mat Rempit. Biasalah... kerana nila setitik, susu sebelanga yang rosak menjadi basi :D

macam polis ramai je yang amek rasuah... nak hapuskan polis jugak ke???
Tak nafikan ramai polis ambik rasuah. Masalahnya masyarakat sendiri membenarkan keadaan ini berleluasa dan berlarutan. Orang ramai tak pernah mau ambik tahu hak-hak mereka apabila ditahan polis; orang ramai malas atau tidak mahu berdiri atas kebenaran... semuanya atas nama mau memudahkan kerja :(

Uiih, kalau polis hapus... sape pulak nak jaga keamanan? Rasuah bermula dari atas, jadi perlu hapuskan rasuah dari pihak tertinggi. Tambah bilangan polis. Naikkan gaji polis... duit kerjaan kan banyak. Buat projek mega-mega sampai naik ke angkasa boleh... huhuhu ...

menteri ramai je pencilok... tak nak hapuskan jugak ke menteri???Kuasa di tangan rakyat untuk menghapuskan (baca: gugurkan) menteri yang tidak berwibawa, yang kuat tido, yang cakap je lebih tapi tak buat kerja, yang seronok berpangkat dan berkuasa tapi kepala kosong. Rakyat ada suara - tak payahlah tunggu pilihanraya!

dah tau penjenayah banyak... apa kejadah polis duk sibuk pasal benda lain, sibuk nak tangkap orang mogok lapar... bio je la derang tu berlapar sampai mampus pun..Ini pun satu masalah. Depa ikut cakap orang atas. Kesian jadi Pak Turut... tak berani bantah, tak ada pendirian. Tu lah pasal, dari sekolah lagi dah diajar supaya ikut buku teks!

Errr ... maaf Pa'chik, membebellah pulak saya :D

Pa'chik said...

data polis kata... kegiatan mat rempit dah termasuk sekali semua tu ye...
kikiki...

kalau masukkan nila tu lam belanga susu polis... maknanya semua polis pun rasuah...

naikkan gaji bukan penyelesaian... kalau dah jenis besar kerak dari periuk... tak de berubah juga... tambah dengan kes duit mudah...

cerita rasuah tidak berenti setakat waktu ditahan kerana kesalahan trafik saja... banyak lagi rasuah yang lain... setakat kesalahan trafik... itu sekelumit je...

rasuah yang libatkan kes jenayah yang lebih besar... kita perlukan frank serpico versi malaysia rasanya... nak harapkan sprm... sibuk manjang...

Bunga Rampai said...

Pa'chik, hampir segala-galanya dalam sistem kerajaan sudah dipolitikkan dan rasuah sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan. Kalau pemimpin tidak menghormati undang-undang, bagaimana mungkin rakyat akur pada undang-undang?

Frank Serpico Malaysia - bayang pun tak nampak!

Anonymous said...

Bukan main eh ko mat rempit...Kesian kat mak bapak dorang sbb ada anak mcm ni..

Pa'chik said...

kalau yang bertengkolok tu ada sedikit keberanian... betul-betul nak kan yang terbaik untuk rakyaat... memang boleh saja...

Pa'chik said...

satu lagi penyebab... media... tak bebas, pengecut, dan tumbuk rusuk jugak...

Ordinary Superhero said...

Simpati saya kepada Faiz. Semoga cepat sembuh dan segera pulih dari pengalaman traumatik ini.

Hanya orang yang benci rasuah yang boleh hapuskan rasuah. Kita tak boleh harapkan pengamal rasuah untuk hapuskan rasuah.

Bunga Rampai said...

Arryani, Diaorang tak kesian kat sesiapa pun!

Pa'chik, keberanian kena banyak. Sanggup berkorban jiwa raga pada jalanNya. Kita sekarang sebenarnya membela agama - itu yang ramai tak nampak/sedar.

Media plastik!

OSH, terima kasih. Amiin.
Kita harus berani mengatakan 'tidak' kepada apa juga jenis rasuah.

Dearie Pearls said...

Salam..
LotsOfLove @ LOL masuk tanpa ketuk pintu..
hehe..

Kunjung 1st time..
byk kisah dalam nie. Lagi bertambah 1 lokasi 'lepak'

Cheers!

acidz said...

Salam.
Syukur Faiz hilang dompet dan telefon aje. Semoga dia tabah dan pulih semula.

afid said...

cik rampai,

mat rempit memang jahat. Bawak lah ke kutub utara sekalipon. Makan apa la diorang ni sampai jadi orang yang tak dengar cakap.

tegezoot said...

selagi undang2 toghut menjadi pegangan selagi tu juga semua ni takkan berkurangan malah semakin bertambah parah.

Mak Su said...

itu bukan mat rempit, itu mat samun, ta' da kena mengena ngan mat saman. bikin malu oreng-oreng jer

Bunga Rampai said...

LotsOfLove-Pearls, salam kembali. Rumah tak berpintu. Sila lepak. Tak ada kopi/teh, cuma titis air hujan. Jemput minum ... cheers! ;)

Acidz, salam kembali. Amiin.

Afid, mereka makan angin!

Tegezoot, amat menyedihkan. Moga Dia mengasihani dan memaafkan, seterusnya memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNya.

Mak Su, mereka tiada rasa malu sebab itu mereka sanggup memalukan.

Azer Mantessa said...

tu dia

ni yg leceh ni, dulu kalau kita rempit, orang panggil mat rempit saja ... kita racing saja.

ada puak2 rompak samun ni yang give MAT REMPIT bad name ni

leceh tul

Pegawai Khalwat said...

Menuding jari pada orang memang mudah.

Apa peranan jari kita?

Selain daripada SMS undi dan pangkah undi.

Ku Keng said...

Salam,

Jangan bimbang. MR akan digembelingkan untuk menjadi barisan pelapis pemuda am-noo. Akan terjadi penggabungan budaya. Entah apa bentuknya.

Dearie Pearls said...

thanks benarkan LOL masuk and lepak..

i'll come to lepaQ k..

Friends!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR.

Saya masih kabur. Siapa yang tergolong sebagai 'Mat Rempit' itu sebenarnya. Saya rasa definisi 'Mat Rempit' itu juga agak longgar. Hmmm....

Menghukum saja tidak memadai. Punca dan akarnya yang perlu diubati.

:)

Nong said...

Itu penyamun, nampak gaya mat rempit jugak... Tapi ada jugak budak2 motor yang baik2 dan bersopan santun...

Butaseni@Wan Raja said...

macam cerita barbarian kan? :D

jaketbiru said...

mengapa penunggang motor tak suka di tahan polis??..

sebab hampir 90% polis cari kesalahan pada penunggang motor tersebut dan hampir 80% polis tak mahu menyaman tapi mahu kes diselesai diluar mahkamah... nak duit aaa tu..

boleh bagi tahu saya apa ciri mat rempit??..
berapa ramai mat rempit yang mati accident dibandingkan penunggang motor biasa??..
mat-mat drift adakah sama kategori ngan mat rempit??

peragut tanpa motor adakah mat rempit??..
mat rempit ni orang terpelajar atau budak-budak keciciran??

.... etc..

p/s masih mencari ..

jaketbiru said...

politik malaysia..

"robin hood atau robbing the hood?"

jinggo said...

memang haram jadah org yang buat macma tu......

kesiannya.....
mintak-mintak la jangan jadi pada kita semua kejadian begitu...

kalau kena pada sanak sau dara depa yang buat cam tu....
baru depa tau macam mana sakitnya....

Bunga Rampai said...

Azer, ada orang bagi nama MR Samun!

Bro PK, jari kita bertanggungjawab berani menuding kembali ke diri sendiri kemudian menghulurkan kebajikan kepada yang memerlukan.

Bro Keng, salam kembali. Apa jua bentuk budayanya akan memberi pulangan lumayan duniawi. Sedih.

LotsOfLove-Pearls, yeah ... give me ten!Blackpurple, salam kembali BP. Kini macam-macam 'Mat' yang ada buat orang keliru.

Puncanya pun sudah menjadi barah! :)

Kak Nong, kalau perangai dah merempit dan mengganggu orang awam, sukar bagi saya meletakkan mereka dalam kumpulan baik-baik.

Butaseni, Ya! :D

Jaketbiru, jawapannya ada dalam fail pihak-pihak yang terbabit - jabatan polis, belia, keluarga, dll.

p/s - moga satu hari nanti akan ketemu jawapannya.

Politik Malaysia - Pak Pandir!

Jinggo, ada balasan setimpal kepada perbuatan itu. Semoga kita dilindungiNya.