I.
Kata orang tuah ayam terletak pada tajinya. Saya pula pandai-pandai mengatakan kalau ayam tidak bertaji maka ayam itu tidak bertuah. Heh, mengarut sungguh! Ayam bertaji atau tidak, yang bertuah adalah manusia kerana ayam merupakan sumber makanan enak lagi berkhasiat.
II.
Daging ayam kampung lebih berkhasiat dan lebih enak rasanya, juga boleh dijadikan ubat. Namun kata orang kalau tak kena cara memasak, maka tak sedap juga rasanya daging ayam kampung itu. Jadi orang seperti saya yang hanya tahu masak sikit-sikit dan tahu makan sedap saja, Astaghfirullah!, rela bersusah payah ke kedai makanan yang menjual masakan ayam kampung. Alhamdulillah, saya temui sebuah restoran masakan orang Nogori di Kelana Jaya yang menghidangkan ayam kampung goreng yang saaaaaangat sedap! Adalah saya tulis resepinya yang diberi oleh tuan restoran itu tapi belum cuba sampai sekarang. Alahai diri!
III.
Ahad lepas seorang kawan bertanyakan sama ada ayam boleh dijadikan sedekah. Saya pula merujuk Pak Ustaz. Menurut beliau, bersedekahlah apa saja asalkan barang sedekah itu berkeadaan baik dan niatnya ikhlas untuk bersedekah. Jangan sekali-kali bersedekah diiringi kata-kata kesat menghina.
Sedekah pada jalan Allah menurut Pak Ustaz ibarat sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, dan setiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Demikianlah setiap sedekah itu bakal menghasilkan 700 ganjaranNYA. Subhanallah!
IV.
Bagaimana agaknya hidangan ayam kegemaran anda: Panggang? Salai? BBQ? Kalau anda suka Chicken a la Carte – tontonilah filem pendek ini. Semoga anda mendapat manfaatnya.
Dayang
Berita terkini. Dayang dan anak-anak masih dalam penantian untuk kembali ke Tanah Semenanjung. Kepada sesetengah manusia, penantian itu merupakan satu penyeksaan. Namun pada yang sabar, penantian mengajar jiwa untuk redha. Menurut Imam Ghazali, Maqam Redha adalah maqam tertinggi dalam kehidupan yang boleh dicapai oleh manusia biasa. Semoga Dayang dan anak-anak sentiasa di bawah lindunganNya.
Salam.
21 comments:
Salam BR.
Saya kurang suka ayam daging/bandar. Bila makan boleh buat gatal-gatal. agaknya sebab bahan-bahan kimia yang diinjek pada ayam. Makan ayam kampung ok pula :)
Sudah cuba ayam goreng kampung Restoran Selero Negoro, Amcorp Mall. Cuba-lah. :)
Lagu Penantian [Harmoni] sedang terngiang-ngiang di telinga saya :)
Maaf, Negoro = Nogori :D
Ayam kampung buat ubat. Mungkin!
Ayam bandar pun jadi ubat. Kalau demam atau selesema atau apa-apa saja, makan ayam bandar. Tak perlu makan ubat lain kerana kandungan isi ayam itu sudah penuh sarat dengan ubat dan hormon, dan racun-racun lain.
Alhamdulillah ada sejumlah duit yang dah disalurkan kepada saya untuk projek Dayang.
ayam eh? kalau lembu macamana plak cerita dia?lembu ke sapi?minyak sapi ke minyak lembu?hehe
Dimana restorannya tuh? Mungkin saya boleh sibggah kalau ada urusan di Kelana.anak buah saya tak makan ikan langsung, ari2 nak ayam.
2 minggu lepas balik kampung.. makcik saya sembelih 5 ekor ayam kampung.. err pertama kali saya merasa sendiri cabut bulu ayam.. hehehe.. ;p
semlm ingat nak masak nasi ayam, tapi last2 jadi ikan tenggiri gulai cili api.... hhhmmmm....
ayam kampung yang makan dedak tak berapa bagus juga...
ayam kampung yang gi makan harta orang pun tak bagus jugak...
chicken soup for soul
selera saya pada ayan dah berkurangan sekarang
semenjak2 laporan berita tentang itu
Hehehehe
Teringat lagu Jalil Hamid :-)
Tapi tengok Chicken Ala Carte … adeh …:((
cik rampai makan di salero nogori kj ye? belakang rumah saya je tu. hihi
Blackpurple, salam kembali BP.
Restoran kat Kelana Jaya tu Restoran Selero Nogori. Tak tahu pula ada cawangannya kat Amcorp Mall. Saya juga baru tahu 2 minggu sudah, ada cawangannya baru dibuka di TTDI. Tak nafikan ayam goreng kampungnya sodap!! ;)
Lagu Penantian itu sentiasa hijau :)
Bro Keng, ayam kampung direbus atau kukus bersama halia dan herba lain - air rebusan/kukusan boleh dijadikan tonik - menyegarkan badan dan mencerdaskan otak.
Kalau dah malas hidup bolehlah makan ayam bandar :D
Alhamdulillah, semoga beban Dayang berkurangan.
Suka Bebel, nantilah saya sembang-sembang dengan lembu kemudian blogkan kalau ada cerita sang lembu yang menarik :D
Julietchun, Restoran Selero Nogori di Jalan SS5B/2, KJ.
Achik, harapnya itu satu pengalaman manis :)
Tak kumpul bulu ayam jadikan bulu tnagkis? :P
Mak Su, oooh, sedap tu!
Pa'chik, pasal apa yang makan dedak tak bagus?
Musykil - ayam kampung yang makan harta orang - macam mana tu?
SHIMI, chicken soup for soul ... nanti soul pun bau ayam! :P
Azer, memang sedih cerita Chicken a la Carte tu. Begitulah kehidupan ... :((
Chicz, ye ke? Wow, tak sangka! Well, mungkin kita berpeluang terserempak kot lain kali ;) Kalau terserempak, akak tegur ok? :)
short movie tu memang sedih. Kita kat sini makanan buang2 jer. Zaman dulu mak selalu paksa makan sampai habis. Mak kata nanti nasi tu menangis...
teringat dulu teka teki - kenapa ayam melintass jalannnn.. ehehe, salammm
Salam datuk seri,
duhh berkurun rasanya saya tiada menjenguk alam blogger .. rutin hidup banyak berubah apabila ada tugasan mengejar setiap hari Datuk!
Baru2 ini saya sempat ke Kuala Terengganu lagi .. dan saya mencari nasi kukus .. alhamdulillah terjumpa satu kedai nasi kukus di Jalan Kamarudin .. yang menghidangkan nasi kukus dengan lauk kari cair, serta yaam goreng berempah yang sungguh lazat sekali! Mengingatkan saya pada kunjungan ke sana sekitar dua tahun yang lepas.
Datuk, rezeki Allah begitu luas, namun berapa orang yang selalui ngat untuk mensyukuri nimkatnya tatkala mulut mengunyah ..
Rindu sekali!
ayam kampung yang masuk lam kawasan umah orang, makan padi orang ke, makan apa-apa la milik jiran... kalau jiran tak halal... naya weh...
bagus ke dedak? kikiki...
Kak Nong, kemewahan tanpa syukur boleh melupakan manusia kepada kesusahan orang lain. Nasi menangis - emak saya pun pesan macam tu jugak.
Yginsaf.com, sebab ayam tu nak ke seberang jalan :D Salam kembali.
Izariza, salam kembali Datin. Memang berkurun hilang! Penat saya ulang alik ke rumah Datin tapi sunyinya...!
Owh, ke KT lagi? Huh, saya juga yang menggigit jari belum berkesempatan - asyik bertangguh! Ada juga cerita ayam dari sana ya :) nanti akan dicari kalau saya ke sana ...eerrr, entah bila :(
Datin, biarlah syukur kita melebihi nikmatNya supaya syukur itu dapat kita sedekahkan pula kepada orang lain.
Kenapa tak rindu dua kali? Hehehe :P [penawar rindu tersembunyi dalam ayat-ayat Tuhan ;)]
Pa'chik, betul tu! Err, lagi-lagi kalau berak ... maunya kena sembelih ayam tu :D
Kalau dedak saja memang tak baguslah tapi dedak campur jagung, padi okey je. Saya duk tengok macam tu lah :)
salam...
ayam dah naik harga sekarang ni... apakah kita sebagai pengguna mampu mengawal harga dengan kuasa beli yang kita ada...?? atau kita tak kisah kalau harga ayam naik sebab kita semua mmg suka makan ayam dari ikan yang lagi tinggi harganya...
Terima kasih cuba memahami diri ini seadanya sahabatku yang setia......
Naz ilyn, salam kembali. Harga siling telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai pengguna kita mampu mengawal harga tapi kenalah sepakat dan dibantu oleh Persatuan Penggguna. kalau setakat membebel kat belakang tanpa tindakan susulan tak menjadi juga.
D'Rimba, :)
Restoran selero nogori tu tak dinafikan makanannye sedap2 belaka. Saya telah mengunjungi cawangan nya di Amcorp Mall.Tetapi harga makanannya amatlah mahal. Saya sebagai pelannggan amatlah rase tertipu kerana harga makanan itu tidaklah setimpal dengan kuantiti makanan yang telah dihidangkan. Ambience nye pula tidak la seperti fine dining restaurant. Hanya seperti kedai makan biase bezanya cume berhawa dingin. Tambahan lagi, harga makanan langsung tidak dipamirkan dan boleh mengundang kekeliruan pengguna tentang harga makanan yg terdapat disitu. Pekerja2 disitu agak kasar jika menghantar makanan.Kelihatan seperti menghempas cawan minuman ke meja. Tidak hairanlah jika cawangan nya di TTDI terpaksa bungkus. Mungkin disebabkan oleh faktor2 ini.
1. Harga yang dikenakan sangat melampau dan tidak berbaloi.
2. Attitude pekerjanya yg boleh dianngap tidak mesra pelanggan. Jika mahu cepat kaya sekali pon, jangan la sampai menipu pelanggan. I totally banned this restaurant and will never come back unless someone wants to belanja me!
Post a Comment