Saya mahu bercerita tapi tiada cerita yang boleh dibuat cerita kerana semua cerita sudah diceritakan di dalam surat-surat khabar cetak dan elektronik. Buang masa saya saja menceritakan kembali cerita-cerita basi itu.
Kalaupun saya bercerita, cerita saya tidak seperti cerita-cerita sensasi yang membuat orang bukan main seronok lagi menceritakan kembali cerita itu kepada orang lain.
.
.
Oh, saya lupa. Saya ada satu cerita tentang boneka. Boneka-boneka sememangnya cantik dan comel-comel belaka dengan nama yang agak pelik seperti Barbie, Britney, ... aah, entah apa-apa nama lagi saya pun tidak tahu sebab saya malas mahu ambil tahu kerana saya tidak bermain dengan boneka. Saya cuma tahu boneka-boneka berjenama ini bukan calang-calang harganya tapi pelik sungguh kerana ada orang-orang yang sanggup membelinya dengan cara apa sekalipun asalkan dapat berkepit dengan boneka itu! Agak melucukan perangai sedemikian, selucu boneka yang cukup bergaya tapi tidak berjiwa. Berkepala isinya lompang. Matanya celik tapi buta. Mulutnya mungil tapi bisu. Ada telinga tapi tuli. Begitulah ceritanya.
Aiseyman, ada pula satu cerita yang tiba-tiba muncul dalam kepala saya! Alaaa, bukan pun cerita seronok tapi saya mahu juga menceritakannya. Ceritanya begini ...
Pada suatu hari di sebuah kampong nun jauh di pedalaman, seorang tua yang luas ilmu pengetahuannya berkata kepada anak-anak buahnya: “Ahli dunia itu kelihatan seperti tuan di dunia ini sementara ahli akhirat itu kelihatan seperti hamba didunia ini.” Lalu bertanya seseorang: "Apa maksudnya?" Jawab orang tua itu: "Fikirkanlah, bukankah kamu berakal?" Begitulah ceritanya.
Salam.
25 comments:
salam cik rampai,
sy pun tak minat main boneka.Lagian harganya mahal.(oh..apakah tetiba ngomong kayak orang seberang)hehehe
=D
salam kak BR,
dari kecik saya mmg x suka main boneka.. :D
oh2 opismet lama saya dulu , setiap tahun dia buat sambutan birthday anak dia.. sape yg datang 'diwajibkan' bagi apa2 hadiah dari barangan barbie..
Salam kak;
Ya kita ada akal, tapi xsemua org bijak menggunakan akal, dan xsemu yang bijak itu berakal juga.
Suka ayat BR yg diatas tuh..
Saya mahu bercerita tapi tiada cerita yang boleh dibuat cerita kerana semua cerita sudah diceritakan di dalam surat-surat khabar cetak dan elektronik. Buang masa saya saja menceritakan kembali cerita-cerita basi itu.
hihihi sebb ada kawan saya suka megulas artikel disurat khabar hihi
hamba di dunia, buruk di mata orang semua, tapi dia sebenarnya menguasai ilmunya dan menakluk dunia dalam senyapnya.
tuan di dunia, gah di mata semua, hebat di sana hebat di sini, tapi siapa yang menakluki siapa? dia sebenarnya hamba kepada debu-debu duniawi.
Masa kak sya kecik2 dulu bapak tak bagi sayangkan boneka lebih2 sebab org2 tua kata nanti di akhirat mereka akan mintak nyawa ngan kita.. memang le tak betul tapi kami percaya so memang tak mendewakan boneka mcm org skrg ni.. beli mahal letak dlm almari .. lebih disayang dr ahli keluarga sendiri
"kejarlah dunia spt kamu akn hidup 1000 thn lg dan kejarlah akhirat spt kamu akn mati esoknya".
boneka? mak ayah takde belikan kecuali beruang laa... mereka lebih suka belikan sas buku... tu yang jadik ulat buku kot?
wow... meremang bulu roma membaca kata orang tua tu... mungkin benar katanya...
Bunga,
Di dunia ini saya masih kerap menjadi tuan, menjangkakan masih punya masa untuk menjadi hamba. Gusar kerana masa untuk berangkat tidak pernah saya tahu. Kegusaran masih cuma sebuah kegusaran.
hanyalah gusar
yang berputar
demikian hari hari beredar
untuk ketemu perhentian
entah untuk keberapa kali
peluit berbunyi
rel telah usang untuk dilalui
stesyen terakhir begitu sunyi
selepas hutan dan ladang ladang
selepas sungai dan cerun cerun
selepas gunung dan gaung gaung
dan selepas,
kita ada
dan selepas,
kita tiada.
hanyalah janji janji-Nya.
Lope.
mainan boneka orang lelaki lagi aahhh... kena yang gila eksyen figur tu... iskkk... buat sedekah pun lagi bagus...
cerita ceriti, taik mata buat inti.
Ndoi ndoi cak, cak makan padi.
Hidup kita juga kadang-kadang umpama boneka.
salam bung.hehe...
sangat setuju kata kata kamu walau sekarang ada boneka yang dah boleh berkata kata.tapi nanti anak anak berkenan nak elak bagaimana ya?hehe...
p/s:sangat dalam makna kata kata pakcik tu.kalau nak huraikan memang tak cukup satu entri.hehe
Salam BR.
Permukaannya cerita tentang boneka, tentang seorang tua.
Tapi sangat dalam maksudnya. Tak tercapai, kalau tak menggunakan akal.
:)
Itu bezanye orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal ...
salam.... mari kita berfikir bersama...
AsLkm,hai,erm nice blog walking,erm nak jmpt tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye
Aslkm,hai,nice blog walking,erm nak jmpt tuan rumah ke kenduri blog saye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok bye
Walaupun tuan besar mana sekalipun, tetap hamba.. hamba kepadaNya
Cik bunga, lama menyepi.
Tulislah apa saja, walau sebaris ayat, walau sepatah kata. Walau tiada makna, sekadar bukti, kita masih hidup lagi.
salam..
suka entri ini..
masalah bila kita ber'tuan' di dunia..
hati jadi raja
kita jadi boneka
akal entah kemana
betul betul betul
Afid, salam kembali. Nggak apa dong sih... bisa faham ngomongannya! :D
Achik, salam kembali. Wow, hebatnya peraturan! Kalau saya dijemput, saya bawa patung Mr. Bean … boleh jodohkan dengan Barbie :D
Goro, Salam kembali. DIA memberikan kebijaksanaanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Ajzie, beruntungnya Ajzie :)
Mak Su, menghargai kata-kata itu:)
Kak Sya, jadi idola. Harapnya mereka tak sembah boneka tu!
Julietchun, hidup belum tentu lama tapi mati itu pasti.
Sastri, mujur Sas tak jadi beruang buku :P Err, beruang buku tu macam mana ek? :D Orang tua tu ... lebih dulu makan garam ;)
Bang Lope,
entah untuk keberapa kali
peluit berbunyi
rel telah usang untuk dilalui
stesyen terakhir begitu sunyi
entah dimanakah mati
menyambut kita nanti
tenang tenangkan hati
berjalan dalam sepi
Pa’chik, sekarang ni tak kira jantina...ramai yang suka boneka ;)
Bro PK, adeiii ... tak faham :(
Shimi, kadang melebihi boneka.
Suka Bebel, salam kembali Beb. Nak elak...lu pikirlah sendiri :P
p/s: kalau huraikan pun, orang yang baca boleh tetido! :P
Blackpurple, salam kembali BP. Boneka tidak pernah tua. Orang tua yang sebenar-benar tua ... kata-katanya penuh hikmah dan nikmat :)
Kak Nong, ... dan orang-orang tua berkata akal perlu diasah.
Faridmw, fikir itu nur ilmu.
Umar_skyscooter, waalaikumusalam. Kenduri betunang ke kawin? :P Salam kenal :)
Purpleheart, begitulah sifat merendah diri yang pada tempatnya.
Zealboat, alhamdulillah saya masih bernafas. Saya baru kembali dari tugasan luar. Saya terkesan dengan kejujuran kata-katamu itu, Terima kasih.
Rena, ... silap haribulan boleh jadi raja boneka!
King, ;))
huh... mendalam nyer maksud....
Kipas, salam kenal :)
Post a Comment