Tanpa diduga, sedang saya berjalan keluar masjid, wanita yang anggun berkebarung biru tua itu bertanyakan saya kenapa berpakaian begitu. Pakaian santai yang biasa-biasa saja untuk berkembara diteliti - kemeja baggy labuh berwarna putih berjalur biru tua dipadankan dengan seluar koboi.
Saya bertanyakan wanita itu apa silapnya pakaian saya. “Tidak sesuai untuk ke masjid,” jawabnya. Ooh, sepasang lutut tiba-tiba longlai! Mujurlah seorang gadis ayu yang datang memeluk wanita itu telah menguatkan diri dari terkulai. “Ummi, jomlah …” katanya manja. Mereka berlalu pergi, dan mata saya mengekori lenggok langkah gadis ayu itu yang berjean hipster dan berkemeja T putih berlengan panjang membaluti ketat tubuh montoknya.
Jiwa tercalar jua dengan peristiwa itu, dan perjalanan pulang terlalu lama dirasakan. Di relung jiwa, pujuk dicita untuk membujuk hiba. Aduhai hati …
bersedih jangan, usah merintih
disepuh uji kunjung bertindih
jelang pendita madah berpelita
mahligai suci membukti wujud
menjadi saksi tempat bersujud
Ketika azan berkumandang di corong radio, inti kuliyah yang lalu berbicara di hati …
Bukannya Allah SWT tidak melihat kita sujud, terbaiknya kita mengumpul pembicara-pembicara sebanyak-banyaknya dan di merata-rata tempat di dunia ini. Begitulah sayangnya Allah SWT kepada kita, Dia membenarkan pembicara untuk mempertahankan kedudukan kita di akhirat kelak. Demikian mukadimah kuliyah itu.
Segala apa yang terlibat dalam ibadah kita akan menjadi saksi di hadapan Allah. Air wudhuk misalnya akan berkata kepada Allah, “si anu si anu menggunakan aku untuk menyucikan diri sebelum menghadapMu ya Allah. Kasihanilah dia.” Dan perlakuan yang paling disukai Allah ialah sujud kepadaNya. Sujud kita dalam solat akan disaksikan oleh lantai tempat bersujud. Itulah yang akan memberi penyaksian kepada Allah SWT nanti yang akan berkata "si anu ini datang dari jauh Ya Allah dan aku menyaksikan dia bersujud kepadaMu di atasku."
Di mana juga kita mengembara, janganlah lupa ke masjid untuk meninggalkan saksi tempat bersujud. Begitu pesan Guru mengakhiri kuliyah.
*09/02/2008
Seremban, NS
Salam.
25 comments:
Teringat sesuatu...
Musafir di bumi sejuk dulu...mengajar AKMA erti 'bumi' adalah masjid...
terima kasih atas pengetahuan baru bagi sas ini... :D
salam Bunga Rampai... dah sihat?
Bukan cara berpakaian, yang penting menutup aurat. Kan?
Syukur, alhamdulillah. Semoga kita sama-sama tidak melupakan Dia walau di mana sekalipun kita berada.
itu melayu rampai.. yang mereka reti... kena pakai telekung baru buleh semayang... lain tak leh...
kerana buta Ilmu... orang kita, selalu memberatkan benda remeh... soal baca qunut bida'ah ke tidak pun jadi isu besar, padahal banyak perakra lain yang memesongkan aqidah.. tak amek peduli...
apa tak tanya makcik tuh, pakaian anak dia tu.. sesuai sangat lah... hahaha...
salam :-)
entry yang ringkas tapi padat.
saya tak ingat dengan tepat tapi pernah saya belajar sebuah hadith di mana RasulAllah pernah berkata ... (ditunjukkan kepada) seorang pelacur yang akan ke syurga kerana memberikan air kepada seekor anjing yang dahaga.
kata2 ini membinggungkan para sahabat yang bersama baginda lalu mereka bertanya...
kenapa pelacur itu boleh ke syurga?
jawab RasulAllah, "kerana dia baik hati".
salam,
trima kasih :)
saya setuju. bukankah ada mafhum hadi yang menceritakan salah seorang yang akan mendapat lindungan arash orang yang hainya sentiasa dekat ngan masjid.
salam,
baru ada can nak ke sini :)
oh, kalau makcik tu luaskan perjalanannya ke masjid serata dunia, pasti dia tidak akan pertikaikan cara BR berpakaian, cth terdekat masjid uia tu..kat sana mcm2 cara muslimah berpakaian ketika solat..apatah lagi dngn pelbagai mazhab yg berkumpul di satu masjid.
saya pasti makcik tu akan kehairanan tgk ada wanita bersolat nampak kaki, nampak anak2 rambut :).
oh ya, keistimewaan umat nabi muhammad yelah, tanah bumi ini mmg tpt sujud di mana saja mereka berada slgi tempat tu tidak bernajis dn tidak mendtgkan fitnah.
ikhlas sujud kpadanya...terasa tenang di hati...
semua makhluk sujud kepadaNya.
Kecuali syaitan yang dilakhnat. huhu
CikRampai terlalu ranggi barangkali....
kadang kadang kita terlupa kita ni hamba. Kita selalu rasa kita tuan kepada rumah kita, kepada kerata kita dan tak kurang merasakan kita tuan kepada diri kita. bayangkan kalau DIA terlupa kita sesaat? bagaimana agak nya kita ketika itu kan.
Satu entry yang menjentik saya. tahniah.
anjang
susahhhh, susahhhh, sana nampak sini tak nampak
Ha ha ha.....
Sama ada dia itu bak kata pak chik, adalah Melayu atau pun, mungkin sekular.
Tapi tak baik pula aku bersangka buruk pada orang.
Niatnya mungkin baik, tapi ilmu itu yang kurang.
Salam Dik,
Jadi reki Le Tour Langkawi ke?
mcm puteri cahaya jugakkk
ikhlas sujud kepadaNYA. Insyallah terasa tenang di hati..
Assalamualaikum,
Terus sujud, dan berdoa di dalam hati. Doakan yang indah-indah, yang murni mulus, setulus hatimu...
tidak semestinya berbaju kurung atau kebaya tu sopan....
tidak semestinya berbaju kemeja atau t shirt tu tak sopan....
pokok pangkalnya hati kita yang iklas sujut mengadap yang maha esa....
tapi jangan la sampai menampakkan apa yang tak patut nampak...
kalau macam tu memang la tak sesuai.....
err berjubah juga kekadang bisa merentap iman sy yg nipis ini, kekadang berjubah bisa menampakkan figura2 yg...errr sukar nk tulis lg jejejejej...
simpati kpd makcik itu, kuman sbrg laut nampak...
Salam BR,
Apa kabar???
Lama tak bertandang ke sini...sibuk dgn keja..
tak sempat nak blogging dah sekrg nih..tapi emel mgkin sempat :)
salam,
dari tanah kita dijadikan, atas tanah kita bersujud, dalam tanah kita dikembalikan..
(",)
salam...
lama x bg comment...
still gak rasa yg blog nih mmg best...
penuh ngan jln citer nasihat...
hihi...
Akma, kita semua adalah musafir, pengembara di bumiNya untuk mencari redhaNya.
Sastri, salam kembali Sas. Alhamdulillah sihat walafiat adanya.
Setiap hari ada saja perkara baru yang kita belajar.
BP, DIA memerhati kita. Usah kita abaikan pemerhatian itu.
Pa'chik, mudah-mudahan mereka yang tidak mengerti akan mengerti satu hari nanti.
Azer, salam kembali. Alhamdulillah, kisah itu satu pelajaran untuk saya juga. TErima kasih.
Butaseni, salam kembali. Sama-sama kasih :-)
Hakim, ada ketenangan di masjid, membawa hati kusyuk padaNya.
Kaklong, salam kembali. Jauh perjalanan meluaskan pandangan menyebabkan benak berfikir. Fikir itu Nur ilmu.
PuteriCahaya, ikhlas membawa ketenangan yang membawa kusyuk hati kepadaNya.
Ah Tok, salam kenal. Sujud membuktikan kesetiaan padaNya.
OSH, lupa pulak pakai topi koboi hari tu :-)
Orang Kampung, salam kenal. Menjadi tuan kepada masa tidak mengapa.
MakSu, memang susah sebab tak nampak jalan tengah.
Bro PK, ya, tentang ilmu lagi. Ilmu berkomunikasi perlu dituntut. Ia sebahagian etika kehidupan dalam Islam. Oh, ini untuk peringatan diri saya juga.
Bro Keng, salam kembali. Tak jadi pasal tak da basikal!
Ajzie, alhamdulillah.
MyaMarja, waalaikumu salam. Terima kasih kata-kata manis itu.
Jinggo, anda memahami.
Mineral, ohoh,saya faham ... jejjeje ..
13may, salam kembali. Khabar baik. Saya sibuk berjalan :D
Bang_G, salam kembali. Buat persiapan untuk pulang ke pangkuanNya.
HujungJari, salam kembali. Terima kasih masih ingat. Yang baik jadikan teladan.
BR
Anggap aje teguran itu sebagai peringatan.. Bersangka baik ..
Zareda, terima kasih. Menghargai kata-kata itu.
Post a Comment