[Miyah baru bekerja di sebuah syarikat swasta namun masih mengidam untuk bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di dalam perkhidmatan awam. Seronoknya Miyah bukan kepalang apabila dijemput untuk ditemuduga pada minggu hadapan. Maka Miyah pun membuat sebaik-baik persiapan dengan merujuk buku-buku dan bertanya sana sini termasuklah si Rampai yang menjadi sasarannya.]
Telefon berbunyi membingitkan telinga si Rampai yang sedang enak-enak minum teh tarik dan makan mee kari. Adeiii, Miyah lagi! Semalam bertanya, pagi tadi bertanya, dan kali ini apa pula? Soal hatinya.
Rampai: Waalaikumu salam. Nak tanya apa pula kali ni Miyah?
Miyah: Kak, sape ek PM pertama kita?
Rampai: Aikk, itu pun tak tahu?
Miyah: (ketawa) Lupa pulak. Tunku Abdul Rahman ... Bapa Pembangunan.
Rampai: Bapa Kemerdekaanlah!
Miyah: Oh, silap! (ketawa lagi).
Rampai: PM kedua, ketiga, keempat siapa?
Miyah: (menjawab soalan - blaa … blaa… blaa…) Eh, kak ... Tun Mahathir bergelar apa ek … Bapa Ekonomi atau Bapa Teknologi?
Rampai: (tiada jawapan - sedang menelan kuah mee kari)
Miyah: Bapa Pendidikan Malaysia siapa ek?
Rampai: (tersedak) Mana ada Bapa Pendidikan!
Miyah: Samy Vellu tu bukan ke Bapa Pendidikan?
Rampai: Haa??? (tersedak yang amat)
*12/02/2008
Alor Setar, Kedah
Salam.
27 comments:
hai, salam singgah. salam kenal juga. pertama kali saya ke sini. cantik blog awak.
ekekeke... miyah ni nak kerja ke tak nih.. hahaha...
sami beilu bapa pendidikan.. ekekekek... itu bapak tol lah miyah..
:P
entah kenapa hati ini berat nak duduk exam PTD tu.. :D
ada suatu hari kawan saya bertanya: May, adakah anda kenal Bapa Kenaikan????
Saya hanya tersenyum :)
sami velu bapa pendidikan.. hahahaha..
Salam BR.
Seronok juga jadi PTD. Lagi-lagi dapat di bahagian antarabangsa. Boleh keluar negara. Ahaks!
Bapa pendidikan saya adalah bapa saya sendiri. Sekian, terima kasih :)
Bapa kerterlelapan saya tau ler.
Mahathir tu Bapa si Mirzan....
samy vellu kan bapa jalanraya...hahahaa...
bila lah nak pencen agak nya...
Rasha_rz, salam. Mungkin lupa, ini kunjungan kedua Rasha di sini :-)
Pa'chik, hahaha...saya pun cakap kat Miyah benda yang sama.
AhTok, kenapa? eh, menyibuklah pula saya ni.:-)
13may, Bapa Kenaikan siapa? Bapa Keturunan ada tak? Hahaha!
Achik, hahahaha!
BP, salam kembali.Tak teringin jadi PTD?
Alhamdulillah. Bapa mithali.
Bro Keng, wakakaka ... aiseymaaaan, ceh ... tersembur nescafe atas keyboard. Keterlelapan yang tak ada had hari! Hahaha ...
OSH, yang ini saya gerenti si Miyah tak tahu. Pasti gagal temuduga! Hahaha..
Cikdinz, hahaha... bapa jalanraya ... gelek tar pun dia ka?hehehe...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aiseymaaannn ... isy, gelak tak sudah saya ni baca komen-komen yang lucu, senak perut jadinya ... :-D
bapa pendidikan? kah kah kah.. .aku ingat dia bapa angkasawan
kekekekeek
nmpk sgt sll baca URTV or majalah mangga miyah nie....
sib baik takde utk gelaran bapa hiburan, sure miyah tau... aiyakkkkkk
good luck miyah :)
:) sejarah baru ni..
bapa perpecahan boleh tak?
:-)
Rampai,
Tentu seronok pemeriksa baca jawapan.
miyah...miyah.
ape la la kono dgn ekau ni?
samy vell* .. bapa pendidikan? hohohoho.. miyah ni lagi kat obersi ker?
Tak pe tak pe miyah.. cuba lagi...
Samy Vellu Bapa Ke'tol'an lah...hahaha
He he he!
Mak Su, Hahaha!
Mineral, bapa hiburan budak-budak tadika pun tahu. Hehehe!
Wanie, Miyah mencipta sejarah!:-)
Azer, barangkali Azer boleh cipta lagu untuk itu ;-)
Kak Has, dapat saya bayangkan keseronokan mereka :-D
Puteri C, Miyah ok jer, cuma kadang-kadang bingung :-))
Zareda, Miyah ada kat Selangor, kat Batu Caves.
Johari, salam perkenalan :)
Bahasa jiwa bangsa.
Danisha, oops, nasib baik tak silap tulis - 'ketololan' :-D
Azzam, heh!
salam,
ehh!.. berapa banyak bapak daa..
(",)
miyah...jangan risau..ramai kawan-kawan PTD saya pun tak tahu Bapa-bapa itu...kamu pasti berjaya
BangG, salam kembali. Banyak tu. Nak cari Ibu Pendidikan pula:-)
Art, banyak perkara lain yang lebih mustahak saya kira. Mudah-mudahan Miyah berjaya.
RainFalls, salam kembali. Air barli adalah ingatan kamu terhadap saya. Terima kasih :-)
errr sy tak tahu, siapa yerk bapa hiburan jejejeej
Mineral, tunggu perlantikan bapa hiburan yang baru selepas 8 Mac..jejejjej.
menulis komen ni sambil diiringi lagu kingston town....membuat saya terkenang kawan2 sekolah.
- entry ni buat saya terfikir ramai bapa yang berkhidmat dengan IBU pertiwi. Bertapa besar title ibu tu. Rasanya mungkin takkan ada sorang pun ahli parlimen yang tergamak untuk membahaskan agar IBU pertiwi ditukarkan ke BAPA Pertiwi. Tahniah kpd semua ibu2 dan bakal2 ibu...pelihara lah title itu ditempatnya.
ehhhh lari tajuk ke ni hahahaha.
anjang/orgkampung
OrangKampung, syurga di telapak kaki ibu.
Post a Comment