Thursday, 20 December 2007

Korban

Umat yang senang bermuafakat adalah umat yang sepakat. Sepakat bermuafakat membawa berkat. Begitulah ciri-ciri ummah yang gemilang. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menampilkan ciri-ciri demikian di dalam diri setiap umat Muhammad.

Segalanya bermula dengan sikap kita. Semuanya di tangan generasi muda.

Andai kita mengakui Allah SWT telah menganugerahkan manusia itu dengan sebaik-baik akal berbanding makhluk lain ciptaanNya, maka kita harus berani memulakan langkah, membantu untuk menampilkan generasi Islam yang berintelek tinggi dan bersahsiah positif serta berdaya saing hebat. Satu generasi yang mampu dan pintar menjadi pembimbing generasi umat Muhammad seterusnya.

Usah berkhabar gah hanya menggumam kata-kata, tasdikkan dalam perlakuan!

Kita harus berkorban segenap jiwa raga kita untuk menjadi contoh peranan terbaik kepada anak-anak muda terutama golongan kanak-kanak. Tampilkan nilai-nilai murni kemanusiaan dalam pergaulan untuk mereka teladani - jujur, berkasih sayang, tidak prejudis, bertolak-ansur, bertimbang rasa, saling menghormati dan memahami. Demikian ciri-ciri afdal dalam Islam yang mampu mewujudkan keharmonian sejagat.

Kita perlu mengubah sikap dan pemikiran.

Mengubah sikap dan pemikiran adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai apa tah lagi andai perubahan itu menjurus kepada redha kita kepada Khaliq dengan menanam pandangan dan menganggap bahawa generasi muda itu adalah matlamat bersama kita yang wajar dibimbing tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan ummah Islam yang berketerampilan hebat dari segi fizikal, rohani, emosi, dan mental. Terimalah mereka dengan tangan terbuka dan dada yang lapang. Anggaplah mereka sebagai harta paling berharga yang perlu diasuh, dididik, dan digilap sebaik mungkin agar bersinar ciri-ciri Islam tulen dalam diri mereka. Semoga penampilan sebegini menjadi kekaguman dan ikutan insan lain di alam saujana ini.

Pengorbanan kita hari ini adalah tunggak keharmonian ummah masa hadapan.


Salam Aidiladha.

17 comments:

artisticklytouch said...

Dalam kebuntuan aku diketemukan dengan entri ini..

berubah dan berkorban...

keputusan?

achik said...

salam aidil adha kak rampai.. :)

is150 said...

Salam AidilAdha

Butaseni@Wan Raja said...

ya cik rampai.saya akan ubah dan berkorban :)

awak kena jugak berkorban jawab tag saya :)

kingbinjai said...

salam aidiladha

banggugar said...

salam,

keharmonian kita hari ni adalah pengorbanan mereka2 yang terdahulu

salam aidil adha
(",)

tegezoot said...

Suka membaca hasil tulisan seseorang yg mengerti. Tambah sikit, dgn Akidah yg mantap, ilmu yg disemai akan tumbuh menjadi iman dan buahnya pasti akhlak yg murni.

Pa'chik said...

tinggalkan hiburan dunia yang tak membawa paedah...
boikot barangan dari serikat yang menjadi penyumbang dana kepada yahudi...

siapa yang sanggup buat pengorbanan kecil ini?

CerminDiri said...

salam kehidupan,

macam pernah dengar isi khutbah ni, dimana yea?........

Mak Su said...

salam kebahagiaan buat bunga rampai

Bunga Rampai said...

Art, semoga keputusan yang diambil memberi pulangan terbaik untukmu.

Achik,is150, King, salam Aidiladha kembali.

Butaseni, alhamdulillah.

Tag? Ooohh ...

Bang G, alhamdulillah. Salam Aidiladha kembali.

Tegezoot, ... dan seseorang yang memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis amatlah menyenangkan. Terima kasih tambahan itu.

Pa'chik, itu bukan calang-calang pengorbanan! Bukan calang-calang kekuatan mata hati yang diperlukan untuk melakukannya.

CerminDiri, salam kehidupan kembali.

Sejujurnya. Tulisan ini adalah sedikit petikan (dan diolah semula untuk blog) dari sebuah rencana yang saya tulis untuk sebuah akhbar.

Mak Su, terima kasih MakSu, hati saya tersentuh dengan ucapan itu.

Anonymous said...

kadangkala ada orang takut dengan perubahan. huhu..

cikdinz said...

korban lembu takpe. jgn lah sampei korban kan nyawa kan....

Pegawai Khalwat said...

Korban menuntut keredhaan dari kita juga.

Adakalanya kita akan berasa pengorbanan kita tidak berbaloi.

Kacau jiwa jika waktu itu kita tak redha.

Bunga Rampai said...

Kamarul, itu kerana takut menghadapi risiko.

Cikdinz, tapi ada juga orang rela berkorban nyawa.

Bor PK, setuju dengan kata-kata itu.

Pengorbanan yang dilakukan seharusnya tidak mengundang pertikaian atau was-was selepas melaksanakannya. Bermakna, kita harus punya kekuatan hati yang berpaksi padaNya ketika mengorbankan sesuatu itu.

Tidak ada penyesalan sesudah pengorbanan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR,

'Sikap dan pemikiran' itu mulanya di dalam sekeping daging. Hati.

Semoga setiap 'pengorbanan' kita - yang baik-baik tentunya - sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

Bunga Rampai said...

Salam kembali BP, sebab itu hati perlu diasuh dan dididik dengan baik sejak lahir lagi.

Amin.