Wednesday, 21 February 2007

Bunga

Pagi yang dingin dan suasana masih diselimuti kabus. Di puncak bukit itu.

Bunga-bunga berwarna-warni yang berjajaran di sepanjang jalan membuat langkah terhenti. Memerhati. Sang Bayu menguis-nguis nakal lalu bunga-bunga itu sekejap meliuk ke kanan dan sekejap melintuk ke kiri, kadang diam 'pabila bayu malas bertiup.

Mawar, dahlia, matahari, keembong, bunga pisang, bunga keladi, dan entah apa-apa bunga lagi. Kelopak tersenyum pada yang memandang dan haruman wangi mengerumuni diri. Aah, sukar sekali menterjemah apa yang dirasa kala itu!

Pak Tukang Kebun dihampiri, teman bicara. Berceritalah dia tentang bunga. Bunga-bunga penyeri alam, wajarlah dipupuk keindahannya. Begitu dia memulakan kisah bunga. Ujarnya, menjaga bunga-bunga itu agak rumit juga. Lain bunga lain cara menanamnya, lain cara menjaganya walau setiap bunga itu tetap saja memerlukan air, cahaya dan baja. Katanya lagi, andai tersalah sentuh tersilap merumput, terkurang atau terlebih air atau cahaya atau baja, maka pudarlah kecantikan bunga-bunga itu.

"Bunga ibarat perempuan dan kumbang umpama lelaki, tapi hanya kumbang jati mengenali dan menghargai bunga. Lelaki jati, teguh diri dan kasihnya kepada perempuan bertunjangkan kejernihan mata hati." Demikian madah Pak Tukang Kebun.

Lewat tengahari pokok-pokok bunga liar di sepanjang denai yang diselusuri itu menyentuh mata lantas merenung dan benak berfikir. Hati berbisik, oh mereka tidak pun dijaga namun tetap saja cantik! Bagaimana ya?

Senja itu di sebuah batas yang lain ada sejenis bunga memaut pandangan, bunga daisy. Lantas teringat kepada filem Daisy yang CDnya dibeli enam bulan lalu tapi masih belum ditonton. Jadi, sekembali dari puncak bukit itu, lewat malam semalam ... yeaahh, beres!

Daisy filem Korea, romance thriller berlatarkan kota Amsterdam yang mewah dengan bunga tulipnya. Namun aneh, filem ini memaparkan kisah jenayah merenda cinta di sebalik jambangan bunga daisy! Oh ya, jangan kecewa kala menontonnya kerana tiada satu pun babak asmara dana dalam filem ini. Jalan ceritanya unik, bersih, paparan body language yang menggarap rasa, kejutan klimaks yang memerangkap, dan akhiran cerita yang ... Oooh!

Trailer Daisy.

Salam.

14 comments:

INDERA KENCANA said...

Selalu di sebalik keindahan terselindung sesuatu yang mengguris rasa. Bunga Popi contohnya...

Kaklong Syikin said...

salam,

hmm..pandai mmpromote filem ni :D, buat hati tertarik nak menontonnya :D

~inilah saya~ said...

Kumbang :mengapa bunga kelihatan lara?
Bunga : resah dihati tiada siapa peduli.
Kumbang : Kenapa tak dicarikan ubat?
Bunga : Ubat di tangan nujum kayangan.
Kumbang : Maaf, hamba tak dapat terbang setinggi itu. Sayap hamba terlalu kecil. Mungkin bunga kena cari ubat yang lain.

* Semoga bunga sentiasa tersenyum..:-)

akirasuri said...

ada bakat mempromo filem ni. huhu~ teruja!

Ajzie said...

Ajzie ingin sekali ke Holland masa tulip sedang berbunga.. Moga diizinkan NYA.. Insyallah...

cikdinz said...

bunga, membuat hati tenang bila melihat nye. mcm ade bende tersirat di sebalik nye...

blackpurple @ jowopinter said...

Bunga seindah dan seharum manapun andai tidak disirami, dibajai, dicahayai akan layu akhirnya...

Juga letakkannya di halaman yang sesuai.




..pandangan seorang LA cum Hortikulturis... ahaks..

Pegawai Khalwat said...

Hang Kebun?

Kalau nak jadi hang kebun, tak boleh pegang keris, kena pegang cangkul.

Cangkul pun cangkullah!

Psss.... cemburu dengan BR yang masih ada masa menonton filem. Saya tiada masa langsung untuk santai begini. Setakat menonton CSI dan Heroes sahaja.

Azer Mantessa said...

indah bahasa berbunga-bunga :-)

saya kasi tabik spring aaaa :-)

toink toink toink toink ...

kingbinjai said...

apa? apa? ayat tak habis!

Bunga Rampai said...

Salam,

Indera:
Bunga Popi cantik. Petik dan disalahgunakan, ia memusnahkan kehidupan.

Kaklong:
Promosi percuma. Tonnton, jangan tak tonton. Gerenti best!

Inilah Saya:
sambung sandiwara...

Bunga: Alaa...apalah kumbang ni, tak nak kawanlah!

*Sentiasa senyum :)

Akirasuri:
Memang promote pun ;)
Tontonlah, anda pasti tidak menyesal.. :))

Ajzie:
Amin. Ada peluang ke sanalah dan hayati keindahan tulip dan kebesaranNYA.

Cikdinz:
Setiap bunga ada keunikan tersendiri.

BP:
Setuju sangat. Hortikulturis? Wow, bertuahnya badan!

Bro PK:
Cangkul Hang Kebun tu setajam keris!

ps...alahai, bukan senang cari masa untuk santai lagi-lagi menonton filem, tapi perlu bersantai juga sekali-sekala untuk rehatkan minda.

Azer:
Hahaha...kelakarnya Azer. Sekejap lagi nak nak spring juga ke blog Azer.

toink toink toink toink ...
:D :D

King:
Betul tu, ayat tak habis. Saya buat promosi, jadi bagilah suspens sikit :)))

Sunan_Jati said...

ooo.. promosi apa eik.. hahaah!

13may said...

tercari cari kelibat Mat Bunga...

Salam:)

Bunga Rampai said...

SunanJati:
Promosi bunga :D

13may:
Ha ha ha kelakarnya! Terbayang bunga cempaka terselit di telinganya, atau pakai baju bunga-bunga :D

Salam kembali.