Saya bersiar-siar di blog loppiess beberapa hari lalu. Saya menghayati kisah Siti, Tiff, Anand, dan Syahwal. Cerpen itu menyentak kalbu lantas titis-titis air membasahi riba. Payah sekali menyeka lelehan air mata itu. Terima kasih loppiess kerana membuat saya menongkat dagu ketika rembulan berwajah pilu.
Saya sering saja susah hati sebenarnya, melihat itu dan ini, membaca ini dan itu. Banyaknya manusia yang tidak berhati perut, entah ke mana dilontar otak kepala mereka, walhal jika ditatap latar pendidikan, ketampanan dan keayuan empunya diri ... aduh, hebat sekali! Maka jangka saya mereka ini tergolong orang-orang yang bijak bistari.
Menghayati berkali-kali 'Iman dan Akal' di teratak comel Keng membuat saya terpanggil untuk menghulur madah, mahu saya kaitkan dengan pandangan saya. Namun saya kira, celoteh saya agak panjang, jadi saya bebelkan saja di sini.
*Alahai* Begitu ramai penerima anugerah dari menara gading yang dicop sah "kamu telah lulus ujian maka kamu dianugerahkan gelaran doktor falsafah." Namun di kejauhan rasa, saya kaget jua, banyak benar yang saya temui setelah merangkul dengan gah PhD itu, mereka tiba-tiba saja dijangkiti penyakit Perasaan hasad Dengki yang bisa saja menular menjadi barah yang bernama Permanent head Damage!
Nah, aneh ya ... bermacam-macam perkara besar, panjang, dan lebar lagi tinggi dan susah telah dikesan dan dikenali oleh manusia, bermacam ilmu juga telah dapat diterokai, tapi sedikit benaaaaaaaar manusia kenal dirinya sendiri.
Hemat saya, keupayaan akal itu berfikir banyak bergantung kepada tingkat ilmu. Lagi tinggi ilmu lagi mahirlah akal itu berfikir. Jika tingkat ilmu itu hanya setakat 'tahu' saja, itu saya kira masih terapung. Ada baiknya terus-terusan berusaha digapai tingkat ilmu al-alaq, kalau tidak pun tingkat haqul yakin.
Namun, pada hemat peribadi saya, di langit tinggi mana pun kedudukan ilmu itu jika tidak diiringi rasa berTuhan dan kehambaan dalam hati, maka akal tidak akan mampu berfikiran waras, bisa saja tindakan yang diambil terpesong dari jalan Illahi.
Rasa berTuhan dan rasa kehambaan itu terbit dari hati insan yang kenal siapa dirinya - apa matlamat dan tanggung jawabnya di dunia ini. Insan yang kenal dirinya adalah insan yang kenal Tuhannya, seadanya kerana dia insan yang redha dan mensyukuri nikmat suka duka pemberian Illahi. Hatinya jernih.
Insan yang tidak kenal diri - makin bijak bistari makin jadi hero penyangak, makin kaya raya makin berbahaya, makin berkuasa besar...alahai, makin jadi zalim.
Selalulah periksa relung hati itu dengan matahati bersulamkan kasih Illahi. Asuh dan bimbing sedari kecil. Berikan nur.
Wallahualam.
Mohon ihsan kalian, bimbing saya jika ada tersilap bicara.
Wassalam.
4 comments:
hai bunga,
saya santai di sini, sejuk, kembali kepada diri, muhasabah.
Hai Lop, nin bukan tempat santai percuma. Bayor le sikit kat Rampai tu. Bangla jaga kasut di masjid pun dapat duit.
hahaha, bunga..tengoklah keng ni dah nak menyakat...
keng,
bangla jaga kasut tu tak solat ke?...kejam betul dunia..
Salam,
Nah, sekuntum cempaka untuk Keng.
Untuk loppies, aiskrim ... :))
... Ada bahagia di sini, menggamit naluri, indah.
Post a Comment