Awal Januari yang lalu, bukan
main lagi hati berazam mahu rajin-rajin menulis. Seperti dulu-dulu. Sekarang
sudah Mac dan suku pertama tahun ini juga semakin hampir dinoktah. Namun tiada juga upaya menulis. Mulut bungkam. Benak beku. Jari-jemari kaku. Mujur bunga hati masih mekar mengharum di tangkainya.
Lain dulu lain sekarang. Dulu
berlari-lari menulis. Sekarang bertateh-tateh menulis pun bukan main payah. Walau
sekadar mahu melaporkan angan-angan dalam tiga ayat pun ya ampuuun … susahnya bukan kepalang.
Malasnya tidak. Barangkali
usia yang semakin pendek dan kehidupan yang menjanjikan satu kematian membuatkan diri sering menunda waktu untuk menzahirkan rasa di teratak kecil ini. Lagi, banyak kehidupan di luar teratak ini yang masih belum diterokai dan amat perlu diterokai. Ada waktu lumayan, iya, hasil penerokaan itu boleh saja ditulis di sini.
Permudahkan Ya Rabb segalanya bagiku.
Salam.
Salam.
9 comments:
salam kak BR..
"Dulu berlari-lari menulis. Sekarang bertateh-tateh menulis pun bukan main payah"
sama la.. sesekali je bila datang rindu nak menulis.. dan sesekali jenguk blog2 yg difollow wpun ramai yg dah berhenti menulis.. :)
Salam kembali Achik,
Blog ni kekadang tempat berjimba-jimba walaupun sorang-sorang....hehehe. Tulis sendiri, baca sendiri :-D Tapi tulisan dlm blog mahal harganya kerana ia mampu menjadi kenangan. Mampu membawa kita mengimbas kembali perjalanan lalu dan mengajar kita utk masa depan.Insyallah.
Tq Achik kerana masih ingat pd blog akak ini.
Fuhhh .. mungkin ini satu fenomena alam Datuk ... hamba jua berasa simptom yang sama .. alangkah irndunya masa-masa nan lalu kala setiap hari idea segar sering hinggap di kepala untuk menulis dan menulis lagi.
Biarlah Datuk, ingatan yang ada ini kekal sentiasa .. yang penting kualiti bukan kuantiti ...
:)

amboiiii sampai tiga youuu!!! maaf .. dah makin tak IT savvy gamaknya :P
Fuhhh...kelas gitu Datin kite ni...klik sekali, tiga yang keluar! Hahaha :P
Alhamdulillah, terima kasih atas ingatan Datin. Biar rindu sentiasa ada, itu tanda kasih masih membara...cewwaaah! ;)
#bergigihlah
Hashtag terkini
OSH, terima kasih. Saya sedang bergigih untuk terus menulis di blog.
Post a Comment