Monday, 30 March 2015

Belum tentu esok milik kita

*Anak muda itu tidak pernah solat sejak baligh. Orang-orang di rumahnya pun tidak peduli tentang solat. Setelah berbual panjang, dia menangis. Dia berjanji akan menelefon usai solat zohornya - solat pertamanya setelah sekian lama meninggalkan kewajipan itu. Ketika bersemuka dia menangis lagi. Air mata insaf katanya.

**Tengahari. Insyallah kata kakak itu, esok dia akan sembahyang. Hari ini ujarnya ia terlalu letih untuk beribadat kerana menahan sakit perutnya. Malam - dia kembali kepada Rabbnya.
.
.
.
Esok pasti ada namun belum tentu esok milik kita.

Ya Rabb, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang baik amal ibadah dan amal kebajikannya. Aamiin.

HKL, 
28 Mac 2015


Salam.

6 comments:

Zariza said...

Benar sekali Datuk, esok tidak pernah menjanjikan apa-apa lalu kita yang mengharapkan adanya esok hari, sentiasa bersikap - boleh tunggu dulu. Sedang Nabi tidak berpesan begitu. Terima kasih kerana peringatan ini. Ia membekas di hati.

Teh mawar dari Turki ni, jemputlah!

Zariza said...
This comment has been removed by the author.
Bunga Rampai said...

Zariza,aaah...teh Turki! Mengingatkan saya kepada Istanbul.

Esok milik DIA.

Bunga Rampai said...

Dewi Aja, maaf saya tidak punya rencana untuk menggunakan hosting baru. Terima kasih ya sudi mampir ke sini :-)

Ku Keng said...

Tergerak akhirnya hatinya untuk solat. Sedihnya dia disolatkan.

Bunga Rampai said...

Bro Keng, Kita jadikan iktibar. Mudah-mudahan terdidik hati yang sering alpa kepadaNya.