Saturday, 1 June 2013

Dua bulan yang telah berlalu


April. Entah apa apa bulan ini. Kota sangat meletihkan. Balik kampung. Selera orang kampung pun kini telah melalui transformasi. Hebat! Paling seronok apabila mereka mendapat hadiah uwang barang seratus dua yang berbalut janji. Senyum Si Penerima hingga mencecah telinga. Hati Si Pemberi berbunga bunga kemboja.

Mei. 5th May to be exact. PRU13. Kenangan manis apabila buat pertama kali kuku dihias. Tidak mengapa hanya kuku jari telunjuk kiri. Tidak mengapa juga bukan warna merah. Heh, buruknya calitan! Ade ke pulak ujung jari bak dicelup warna – comotnya! Juga tak mengapa comot walau bukan itu yang dimahukan. Yang penting warna tidak kekal – basuh dengan sabun terus hilang. Yeay!


Salam.

4 comments:

Zariza said...

salam rindu separuh nyawa (hehe) wahai sahabatku Datuk Seri Rampai ..semoga yangi ndah2 sahaja buatmu kala ini.

Bulan2 yang lepas (atau mungkin tahun2 yang lepas) begitu menghambat jiwa lalu kekuatan menulis lerai menjadi debu Datuk. Lelah berlari, aku meniti .. namun untuk jatuh tidak sesekali ..

PRU13 berlalu dengan hikayat tersendiri .. first time memangkah kertas undikah? Huh .. muda remaja betullah Datuk Seri Rampai :)

mohon permisi dulu .. insyaAllah ketemu lagi..!

Bunga Rampai said...

Zariza, aduuuh... rindu separuh nyawa boleh membawa maut Datin! Hehehe ...

Lelah berlari, aku meniti .. namun untuk jatuh tidak sesekali .. - yang ini saya suka!

Dalam usia apa pun, jiwa harus remaja dan akal perlu matang. Remajakan jiwa dengan zikir... matangkan akal dengan pemerhatian.. ;)

SHIMI said...

Hmmm.Sungguh bermakna

Bunga Rampai said...

SHIMI, :)