Thursday, 17 May 2012

"Apecer?"


Apecer? Perkataan ini dipelajari melalui sebuah program lawak di tivi. Sinonimnya tiada dalam kamus. Bertanya kepada mereka yang ahli bahasa pun mereka tidak tahu maknanya. Cari punya cari dan tanya punya tanya, akhirnya ketahuan juga maksudnya. Rupa-rupanya perkataan itu adalah kependekan dari kata-kata 'apa cerita'.

Adecer! (oops, ini ciptaan sendiri :D). Awal bulan ini ada sms di telefon yang sangat mengejutkan ...

+6016xxxxxxx. Sdra/i  BUNGA RAMPAI BINTI ABDULLAH.
SLAMAT HARI LAHIR. HAPPY
B'DAY. drp YB Dato' Sri xx
xxxxxxxxxxxxxxx.
Coordinator (parti) xxxxxxxx
Tel: xxxxxxxxxx

Wah, tekejut I tau!
VIP you know... wish I Happy Birthday!
Tak pernah pernah pun sebelum ini.

Apecer? 


Salam.

6 comments:

Wira Nordin said...

amboi...
musim musim nak mengundi ni..
apa pun, saya rasa belum terlambat juga untuk ucapkan Selamat Hari Lahir, Moga Panjang Umur, dimurahkan rezeki..Kamu mengundi di kawasan VIP itu ka?

julietchun said...

Rakyat di dahulukan :D
Salam rampai.

Zariza said...

Aissshhhh ... beliau tidak tahukah bahawa orang yang dikiriminya sms ucapan HARJAD itupun berpangkat Datuk Seri? keh3 ...

Happy belated birthday Datuk.. May Allah give you life to celebrate many of such blessed moments with your near ones :)

Bunga Rampai said...

Wira, baik baik makan umpan, jangan termakan umpan beracun ;)
Terima kasih ucapan dan doa itu. Amiin.
Ya, saya mengundi kawasan VIP tu.

Juliet, pencapaian diutamakan :D

Zariza, kalau dia tahu dia akan hantar Volvo S40, bukan sms...hehehe!

Terima kasih Datin doa itu. Amiin.

Pegawai Khalwat said...

Wah.... makan modal banyak tu.

Bunga Rampai said...

Bro PK, tak pa... depa kaya raya!