Di laman, bunga-bunga kertas masih menguntumkan senyuman fuscianya.
Kemuning putih belum pun lagi berputik. Kucing-kucing jalanan tetap
berkerumun di pintu pagar belakang menunggu untuk dijamu. Ikan-ikan, aneh, tidak pernah penat berenang-renang di akuarium. Semuanya masih seperti semalam. Nyaman dan tenang.
Bersarapan di Subway juga bukan satu kelainan: roti parmesan oregano berintikan tuna, telur, keju, sayur-sayuran - bersoskan mustard, thousand island, dan sos cili. Biasa-biasa saja seperti tosei dan capati, nasi lemak atau nasi dagang yang kadang-kadang dijadikan menu sarapan apabila selera menolak keenakan bubur oat yang menjadi menu utama setiap pagi. Oh ya, kopi putih panas juga biasa-biasa saja. Walaupun tidak sehebat nescafe yang aromanya boleh melayangkan madah-madah fikir seperti layang-layang terbang bebas dan jauuuuh ke langit hijau, kopi putih itu bagaikan mengiringi kilau suria yang menyerikan hati.
Biasa-biasa saja hari ini. Masih berazam lama kerana Cinta masih bersembunyi!
Salam,
2012 Masehi.
2012 Masehi.
4 comments:
salam tahun baru yg biasa buat mu :)
Mak Su, terima kasih dan salam tahun baru yang biasa juga buat Mak Su. Moga yang baik-baik saja sepanjang tahun ini :)
hmm... teringin makan subway la pulak..
Iskandar Syahril Ibrahim Sukri, hmmm ... kamu rupa-rupanya Is dan sudah kembali berblog!
Sesekali makan di Subway tiada salahnya. :)
Post a Comment