Sunday, 23 October 2011

Itu kata dia

Pemandu teksi itu kata biar laju maka cepat sampainya. Saya pula kata biar lambat asalkan selamat.

Kata pemandu teksi hujan dah mula turun... nak elak jam kalau hujan lebat, jadi kena bawa laju. Kata saya bawa perlahan kerana jalan licin, pandu laju nanti terbabas.

Aah, teksi terus meluncur laju di lorong kanan jalan raya. Rasa rasanya macam naik kereta lumba Formula 1. Hujan mulai melebat. Risau jadinya saya.

Nanti kena saman! Saya mengingatkan pemandu teksi. Time time hujan begini mana ada polis trafik... dorang tidur, katanya yakin.

Vroomm vroomm vroomm dia menekan minyak di hadapan lampu merah. Aduuuh, hati saya beristighfar kencang!

Setiba di Kajang, pemandu teksi meminta nama taman perumahan dan bertanyakan bila terakhir saya ke taman itu. Jawab saya... tak pernah sampai lagi ke tempat itu.

Tak mengapa jawabnya. Kalau tak jumpa taman itu kita rehat dulu makan satay. Errr, makan satay? Huh, biar benar orang tua ni! Sungguh dia sudah berusia. Rambutnya tipis dan beruban. Pipinya cengkung. Kurus badannya namun dari cara dia memandu, dia masih kuat tenaga.

Tiba di lokasi, pemandu teksi tersenyum lebar menampakkan susunan giginya yang jarang jarang. Ketika menyambut bayaran dia berkata ... kan saya dah kata cepat sampainya kalau bawa laju!


Salam.

6 comments:

afid said...

makan satay? lain mcm je bunyiknya..

so scarryyyy...haha

Pa'chik said...

udah nama ke kajang kan... harus lah dia melawak bab makan sate tuh... hihihi...
alhamdulillah selamat ye...

acidz said...

alhamdulillah selamat sampai.
alhamdulillah tidak sesat.
alhamdulillah tak kena saman.
cuma, tak sempat makan satay (atau sate?) aje la.

Bunga Rampai said...

Pa'chik, benar... dia cuma melawak; dan juga dia seorang yang kelakar. Cuma yang merisaukan saya ialah cara dia memandu :)

Acidz, eh... sempat makan sate... tapi dengan kawan sayalah! :))

Suka Bebel said...

alhamdulillah selamat sampai...dlm nak cepat boleh plak dia try nak menggatal ajak singgah mkn sate.hehee

Bunga Rampai said...

Afid, maaf Afid... ntah macam mana komen Afid ni masuk dalam kotak spam, baru saya jumpa dan masukkan semula ke sini.

Cerita teksi macam macam ada Afid... macam astro! :P

Suka Bebel, sukar menyelami isi hati orang lain, yang penting kita sentiasa berhati hati :)