Monday, 25 July 2011

Hingga ke hembusan nafas terakhir: Belajarlah.

Dalam kelas bimbingan BM pagi semalam.

"Cikgu, betul tak ejaan 'wonderful' 'ni?"

Ejaannya:  'one the fool.'

Bina ayat dengan menggunakan perkataan 'terkial-kial'.

Jawapan:  Kaki Ali terkial-kial selepas makan rambutan.

Beri maksud peribahasa 'bagai menatang minyak yang penuh'.

Jawapan: "Ayah saya kata minyak mahal sekarang cikgu sebab tu dia naik motor pergi kerja, tak naik kereta dah."

Berbaur rasa sebenarnya mendengar jawapan-jawapan sedemikian dari murid-murid darjah lima itu. Apa yang terluah hanyalah sebuah senyuman yang mewakili rasa nak tergelak, rasa kecewa, rasa sedih, dan rasa kasihan. Tidak mengapa mereka membuat kesilapan kerana lazimnya itulah proses pembelajaran yang harus dilalui oleh setiap kanak-kanak. Demikian kata hati ini memujuk sedikit rasa suram yang bertandang seketika.

Kata Pak Ustaz: "Kehidupan ini adalah tentang belajar dan mencari ilmu kerana tidak semua perkara manusia tahu, dan sebenarnya semakin manusia berilmu semakin banyak perkara yang tidak diketahuinya. Semakin banyak ilmu yang ditimba semakin tidak pandai dan semakin kehausan ilmu seseorang itu - maka itulah manusia seharusnya tunduk malu, bukan mendabek angkuh kerana walau bergulung-gulung ijazah yang diterimanya,  ilmunya itu hanyalah sekadar terapung-apung di permukaan air berbanding  ilmuNya yang seluas dan sedalam lautan. Oleh itu, carilah ilmuNya hingga ke hembusan nafas terakhir kerana ilmu itulah yang akan membawa manusia selamat kembali kepadaNya."



Salam.

6 comments:

SHIMI said...

mencari sesuatu yang tiada batasnya, agar kita lebih tawaduk dan semakin dekat dengan keagungan-Nya

Pa'chik said...

yang menatang minyak tu... hahaha... protes tuhhhh... :P

tapikannnnn... ada player bula malaysia ni... tak reti membaca... :(

achik said...

mudah-mudahan mereka tak jemu-jemu belajar.. dan cikgu-cikgu pun tak jemu mengajar.. :)

Bunga Rampai said...

SHIMI, begitulah dan jangan berputus asa dalam pencarian itu kerana di hujung pencarian ada kurniaNya yang sangat bernilai.

Pa'chik, hak dia untuk protes ;)

Aikk, ... betul ke ni? Tak tau pun ...

Achik, Amiin. :)

AKMA said...

Bunga Rampai...

Mereka memandang dunia...dari perspektif mereka....dari dimensi mereka....

Kadang kita lupa...kita juga pernah menjadi mereka...

Yang membuatkan dimensi kita berbeza...hanya satu....dekat jauhnya kita pada DIA...
Lemparkan kasih sayang....senyum..

Bunga Rampai said...

AKMA, mudah-mudahan kita sentiasa istiqamah dalam usaha mendekatkan diri padaNya :)