:Februari yang sunyi.
Adjang bertanya bila lagi kami akan datang ke daerah itu. Saya dan Nissa saling berpandangan cuba mencari jawapan pasti. "Februari!" Begitu lantunan suara Nissa yang mengejutkan dan lerai ketawa nakalnya membuat saya menjegilkan mata. Heh, pandai-pandai saja dia menyusun jadual saya!
Sungguh tak diduga, jawapan olok-olok Nissa itu menjadi kenyataan. Ketika orang lain masih sibuk memanah cinta Hari Kekasih, kami sibuk berkasih dengan alam di Maribaya. Namun ketiadaan Adjang kali ini menjadikan Maribaya yang sering dibasahi rintik-rintik air dari langit bagaikan dipancari hangat mentari yang memeluhkan badan. Maribaya yang tanahnya berumputkan bunga-bunga memukau rasa seolah-olah gersang mengeringkan jiwa. Rama-rama menyepi dan kumbang pula entah hilangnya ke mana. Malam nanti, barangkali bulan retak seribu. Aduhai, segalanya menjadi suram tanpa Adjang bersama! Nissa juga merasakannya. Begitu juga Dell.
Tiada siapa yang tahu ke mana perginya Adjang. Kami merinduinya. Rindu pada suaranya yang lunak. Rindu pada kata-katanya yang membuat kami terpinga-pinga. Rindu gelaknya yang sopan.
Kala senja di rumah tumpangan. Tiada yang lebih nyaman selain melayan rasa qalbi di birai jendela sambil melihat air hujan yang berlari-lari di atas atap genting di rumah sebelah yang kemudiannya jatuh disambut senyuman kelopak bunga-bunga di pasu. Alangkah andai Adjang melihat itu, dia pasti akan berkata: "Kelopak bunga itu menyimpan sejuta rahsia wanita," dan perihal hujan: "Hujan membawa rahsia cinta yang paling luhur." Apabila ditanya tentang rahsia-rahsia itu, pesannya: "Rahsia untuk diselongkar. Selongkarlah ia kerana ada nikmat di sebalik penyelongkaran itu."
Adjang seorang pengembara solo yang berkelana di merata daerah. Singgah cuma setahun dua atau tiga di satu-satu daerah mencari untung, kemudian mengembara lagi. Adjang tidak punya tempat tinggal yang tetap. Di mana ada rezeki, di situ dia menetap seketika. Baginya bumi ini sangat luas dirimbuni kalam Tuhan yang sentiasa bercerita dan mengajar manusia. Rugilah katanya jika dia tidak memanfaatkan usia mudanya untuk mengembara dan membaca kalamNya yang sedia terhidang di depannya.
Adjang hanyalah seorang supir. Namun apa perlu dikira akan darjat seseorang kerana kepadaNya yang membezakan manusia ialah isi hatinya. Semoga Adjang sentiasa di dalam rahmat dan lindunganNya.
Salam.
11 comments:
sungguh indah bait2 kata bagi catatan perjalanan itu.
Seperti diri turut sama berada disitu
mata duitan sungguh nama tempat... mari bayar... pergi tak payah bayar... :P
salam kehidupan,
kerlingan mata membawa erti, bisikan hati membawa ke mati, adat membaca faham dan mengerti, tp... tula cermin ni baca banyak kali tetap tak memahami.
SHIMI, jiwamu murni.
Pa'chik, hahahaha!! Terima kasih menjadikan pagi saya yang agak biru-biru bertukar hijau ;)
CerminDiri, salam kembali. Maaf kerana tulisan ini menyusahkan Cermin. Nyatakan bahagian mana yang tak faham. Saya cuba bantu.
saya tak pernah memanah cinta dan kekadang tak teringat langsung ada hari kekasih :P
adjang, ke mana saja kau ni, ada orang mencari ni
semoga perjalanan adjang terus dirahmati dan dilindungi.
Amin
Juliet, terpanah cinta pernah tak? :P
Art, moga Adjang mendengar seruan itu. Amiin.
Itulah, kata orang kata, kalau ingin belajar hidup, belajarlah dari gelandangan.. tapi gelandangan yang punya jiwalah. Bukan gelandangan di bawah jambatan. :)
Blackpurple, hidup biar berani!
hari2 memanah cinta lebih nikmatt...
cinta pada diri, keluarga, bangsa dan agama...
ahh.. cinta & rindu xmungkin terpisah..
jalannya seiringan.. :)
PnConfused, tidak sempurna sebuah cinta dan rindu tanpa cinta dan rinduNya.
Post a Comment