:redup November.
Kata Adjang, bulan November bukanlah waktu yang sesuai untuk ke Tangkuban Perahu kerana sering hujan, cuaca lebih sejuk dan berkabus tebal. "Namun saya harus menghormati kemahuan segolongan manusia yang mahu melihat dengan mata sendiri hal yang aneh-aneh. Pasti keanehan itu bisa saja melahirkan ketakjuban yang memuaskan jiwa dan semoga kepuasan itu melahirkan rasa syukur yang paling tulus." Begitu jelas Adjang sambil matanya tetap saja menekun ke hadapan dan memandu berhati-hati sekali dalam renyai hujan di sepanjang jalan bengkang-bengkok menuju puncak Tangkuban Perahu.
Cerita Adjang, Tangkuban Perahu masyhur kerana lagenda sumpahan Dayang Sumbi ke atas sebuah perahu di puncak gunung yang dibina oleh seorang pemuda yang amat mencintainya. Gunung meletup akibat sumpahan Dayang Sumbi menyebabkan perahu itu terbalik membentuk kawah seperti perahu terbalik. Maka itulah tempat itu dinamakan Tangkuban Perahu, dan kawah yang berisi lahar kuning masih membebaskan bau belerang hingga kini. “Kononnya Dayang Sumbi tidak pernah tua-tua, sentiasa cantik, dan dia menjadi kegilaan para pria Bandung. Kamu tidak kepingin menjadi seperti Dayang Sumbi yang sentiasa muda jelita?” Tanya Adjang.
“Oh, tidak! Saya tidak mahu menjadi berhala hidup yang dipuji dan dipuja. Biarlah saya sekadar bunga biasa yang pastinya perlahan-lahan akan layu dan tiba saatnya gugur lalu bersatu dengan tanah.”
.
.
.
Umat Islam tidak memuja dan menyembah berhala tetapi ramai yang tidak sedar bahawa berhala wujud dalam kalangan kaum Muslimin, cuma bentuknya berlainan. Berhala itu berada di dalam diri manusia, dan namanya Ego Manusia. Ramai yang mengusung berhala dalam diri mereka, dan tunduk patuh kepadanya. Mereka berkejar-kejaran menurut perintahnya untuk menjadi mewah, ternama, berpangkat, dan berkuasa; malahan ada yang sanggup melakukan apa saja walaupun di luar sempadan hukum dan peraturan agama sehingga lupa kepada tujuan sebenar kehidupan di dunia ini iaitu mencari keredhaan Ilahi. Wallahu'alam.
Salam.
6 comments:
Lamanya tak mendengar berita. Apa khabar?
sahabat sudah kembali???
ahhhhh.. ego itu batu yang paling besar dalam hati...
salam kehidupan,
kita tidak sedar rupanya kaki kita telah terpijak taik lembu....
mungkin hidung tak berfungsi.
sangat susah berurusan dgn org ego.
Jauh mengembara.
:)
Bro PK, alhamdulillah sihat walafiat adanya.
PnConfused, ya sudah kembali tapi akan selalu hilang.
CerminDiri, salam kembali. Hidung itu perlu dibaiki.
Julietchun, memang sukar kerana ada saja yang tak kena di hatinya.
Afid, meluaskan pandangan dan mencari pengalaman :)
Post a Comment