Friday, 18 December 2009

Edelweiss

Pastinya di sana musim tengkujuh, tulis Edelweiss dalam warkahnya semalam. Di sini dinginnya sudah mulai menyucuk tulang. Pokok-pokok juga semakin bertelanjang dan tidak lama lagi mereka akan tidur berselimutkan salji. Aah, musim berubah lagi untuk kesekian kali, cuma apa yang diharapkan dari salji yang gugur pada musim ini ialah salji itu tidak berupaya membekukan janji-janji hati yang telah dirapi kemas selama empat musim lalu.

Sungguh, warkahnya kali ini amat berlainan dari yang lepas-lepas. Namun dalam ketegasan nada tulisannya, masih ada kelembutan bicara yang telah menamukan rasa dengan kenangan ...

Edelweiss, Edelweiss. Kepingin sekali menyelongkar apa yang bersembunyi di sebalik namanya. Namun sejuk angin bandar Tampere pada penghujung musim panas ketika itu seolah-olah telah mendinginkan kemahuan untuk berbual-bual dengannya sehinggalah pada suatu sore.

Dia ketawa. Semua sangkaan yang diberi salah katanya. Dia bukan berasal dari Austria, tidak juga Switzerland. Namanya bukan kerana lagu Edelweiss dari filem The Sound of Music walau ibunya menggemari filem itu. Dia anak kelahiran kota Helsinki dan bermukim seketika di Tampere hingga tamat kuliah sarjananya. Nama Edelweiss adalah pilihan neneknya yang sangat menyukai bunga edelweiss yang juga digelar The Immortal Flower. Kata neneknya: edelweiss bunga yang unik, putih kecil molek; walau wanginya tidak semerbak, daya tahannya tinggi walau dalam cuaca yang melampau. Neneknya mahu Edelweiss mewarisi ciri-ciri bunga edelweiss.

edelweiss (Jerman): edel = mulia, weiss = putih


Bukan senang menjadi seperti edelweiss, kata Edelweiss. Seorang Edelweiss hanya anggun pada nama namun hakikatnya hati suram dan lompang; naluri berkerawang; jiwa meronta mencari sesuatu yang entah apa. Dia bertanya, “Bagaimana mengisi kekosongan ini?”

.
.
.

Seperti yang sudah diatur sedemikian rupa, musim pun pergi lagi. Bunga edelweiss masih tumbuh melata bumi, dan Edelweiss masih terus mengisi ruang lompang di hatinya dengan menghayati ciri-ciri dan kehidupan edelweiss. Apa pun musim yang telah pergi, nyata musim-musim itu telah berjaya menyerikan hati dan menerbitkan rasa kasih kepada sesuatu yang dicarinya itu. Bersandarkan rasa kasih itu, dia melakukan satu pengorbanan - Edelweiss bakal bernama Nur Edelweiss pada musim bunga akan datang. Pilihan dan keputusannya ini mendapat restu daripada neneknya. Subhanallah.


Salam Ma'al Hijrah 1431.

*imej dari google

23 comments:

Mak Su said...

salam maal hijrah :)

SHIMI said...

Salam Maal Hijrah pada kamu. Juga pada Edelweiss yang berhijrah mencari dan memperolehi Nur dari-Nya.

Ordinary Superhero said...

AlhamdulilLah, Nur Edelweiss - cantik nama itu.

Anonymous said...

Semoga Nur Edelweiss sentiasa dalam rahmat-Nya.

Salam Maal Hijrah Bunga Rampai

afid said...

Hijrah yang besar..

salam cik rampai..:)

Anonymous said...

salam maal hijrah bunga... hijrah yang menuju kejayaan dan keyakinan serta penuh kasihsayang

Suka Bebel said...

dalam maknanya ni...Salam Maal Hijrah!

anggerik merah said...

Alhamdullilah...akhirnya kebagiaan ditemui oleh Nur Elderweiss

Salam Maal hijrah untuk bunga rampai

blackpurple @ jowopinter said...

Semoga Nur itu akan benar-benar kekal di jiwanya.

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah utk BR,
Sinopsis novel yg baik..still something to do with 'bunga'..:)

I'm Seri said...

Salam sis Rampai...

Peulisa yag sangat indah. Saya suka.

kingbinjai said...

salam singgah

CerminDiri said...

salam kehidupan,

zikir ubat hati yang cukup bernilai. enteng di mata berharga di hati.

salam maal hijrah.

serimaya said...

salam maal hijrah
moga setiap kita bakal berhijrah kearah yang lebih membawa kebaikan dari yang sudah2.

zizie ali said...

salam tahun baru. moga hidup kita sentiasa ditaburi bunga-bunga kebahagiaan.

m i n e r a l . . . said...

syukur alhamdulillah...
sampaikan salam kpd nur edelweiss...

errr masih suka jus epal + asamboi....nah segelas utk anda :)

Ajzie said...

saya tertarik dengan cerita ini...


Salam Maal hijrah untuk bunga rampai

Pegawai Khalwat said...

Sound of a music...

Nong said...

Salam, It's been 2 weeks into the new year and you have not been updating... is everything ok?

Take care...

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

"mulia + putih = lambang yang baik-baik tentunya".

faridmw said...

salam maal hijrah...
2 2 tu membawa maksud yang baik...

serimaya said...

salam rindu buat bunga rampai,....
mengapa agaknya menyepi, moga segalanya baik2 belaka..

Bunga Rampai said...

Salam semua,
terima kasih atas kunjungan dan menghargai kata-kata kalian :)