Saturday, 12 November 2011

Yang lebih utama

Ada gerak hati yang meminta-minta dalam getar jantung yang tidak keruan. Ada suara yang menyuruh-nyuruh dalam keengganan yang kuat. Entah apa perlu ke Curve petang-petang begitu sedangkan kehendak hati mahu duduk diam-diam beristirihat di rumah. Shopping? Oh, tidak kerana fulus tidak mengizinkan!

Fikir dan dipertimbangkan jua gerak hati itu. Barangkali minum-minum nescafe lewat petang Jumaat di sana dapat melegakan getar jantung yang meresahkan itu. Barangkali. Maka diketepikan segala prasangka hati lalu melangkahlah kaki dengan berhati-hati.

Terpaut jua rasa kala melihat sebuah kedai makan yang tidak berpelanggan. Sebaik masuk, kaki terus menjurus langkah ke sebuah meja di sudut kanan. Aah, ada sebuah buku nota di atas salah sebuah kerusi di meja itu! Hairan pekerja kedai tak perasan ke buku nota itu? Gerak hati menduga diri lagi sama ada perlu atau tidak mengintai-intai kandungannya. Aduuh, nakalnya! Lalu kulit buku nota diselak dan beginilah yang tertulis di atas muka surat pertama ...

Kata-kata Saidina Umar r.a:-
• Aku telah memerhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.
• Aku telah memerhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara sifat warak.


• Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat qanaah.
• Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.
• Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.

... mama mia! Keenakan nescafe semakin lumayan apabila dihirup bersama kata-kata tersebut. Alhamdulillah.


*Kota Damansara
11.11.11

Salam.

2 comments:

faridmw said...

salam kak..
tiada yang lebih dari apa yang allah suruh dan apa yang menjadi garis panduan dalam islam... jika kita melihat yang lagi terbaik daripada itu maka itu adalah hasutan.. heheh

Bunga Rampai said...

faridmw, salam kembali. Itu satu peringatan yang tidak boleh dipandang mudah. Terima kasih :)