Wednesday, 16 March 2011

Khabar dari Jepun

Dalam himpunan e-mel pagi ini, terselit nama Makiko. 
Thanks for your caring for me.  I am fine.  No damage.
Demikian katanya. Setelah empat hari menunggu balasan darinya, sejak bencana Tsunami melanda Sendai di Jepun pada 11 Mac 2011 yang lalu, e-mel yang ringkas itu sangat-sangat menggembirakan saya. Dari e-mel seorang kawan pula, saya diberitahu Nanako juga dalam keadaan baik.
Cumanya, berita dari Megumi belum ada.
Tertanya-tanya juga adakah dua orang blogger ini  -  Zealboat dan Kuncihilang - masih menetap di Jepun?  Mudah-mudahan perlindunganNya bersama mereka di mana jua berada.
Kita-kita ini yang masih menunggu waktu mati, ayuh ambil iktibar dari segala peristiwa bala bencana yang menimpa kehidupan manusia yang kerap sangat berlaku kini. Jom kita mengorak langkah tertib berjalan di jalan yang lurus menuju redhaNya.

Salam.

13 comments:

julietchun said...

moga khabar yg baik2 saja datang menyapa.

Mak Su said...

lega rasa hati ek...sy x de kawan kat jepun. kwn kat malaysia pun x ramai.... tak ramah kot...

anyway, apa yg terjadi di jepun, tetap membuatkan airmata saya mengalir laju

SHIMI said...

Banyak pengajaran yang dipelajari.

AL-BIMA SAKTI said...

Bersyukurlah dgn apa yg kita miliki...!

serimaya said...

Selagi mereka bergelar insan, rasa simpati pasti lahir dari hati. Seharusnya itulah kita yang dipanggil manusia.

Izariza said...

Datuk, musibah besar di Jepun sememangnya meninggal kesan di jiwa .. betapa kuasa Allah, mampu menjadikan apa jua yang tidak sampai ke fikiran kita. Syukurlah sahabatmu masih baik-baik di sana. Mudah2an segera pulih mental dan emosi.

ye lah, saya juga tiba-tiba teringatkan encik kunci yang hilang itu. mudah2an dalam lindungan Allah semuanya, amin ..

p/s: masih meneguk air suma lagikah? kapan mahu mengeteh lagi :)

Izariza said...

err... air suam okey!! :P

Anonymous said...

syukur Makiko selamat.. :)

m i n e r a l . . . said...

syukur, moga cepat sembuh luka di matahari terbit....
-jemput minum jus mangga :)

BaYu SenJa said...

takziah untuk warga jepun. pengajaran untuk ummat islam. Kerana muslim, sentiasa menginsafi ketentuan Tuhan..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

material, bila dijadikan dewa dewi, hilanglag pegangan malaplah fitrah kemanusiaan.

zizie ali said...

nilai kemanusiaan melangkaui batas geografi dan warna kulit..

Bunga Rampai said...

Salam semua - Juliet, Mak Su, SHIMI, Al-Bima Sakti, Serimaya, Izariza, Bang Lope, Mineral, Bayu Senja, Cermin Diri, Bro. Zizie - terima kasih atas ingatan dan kunjungan kalian. Saya masih di sini ;-)

Khabar dari Jepun - Megumi juga selamat.