Saturday, 22 January 2011

Nasi Tumpang

: Kota Bharu. 2/1/2011


BR:  Ambo tengoh make nasi tupe ni. Sedap weii ! Alhamdulillah.
BB:  Hor. Make bennor. Tak cukuk so tamboh duo.
BR:  Duo doh. Awe ttadi make nasi dage.
BB: Pah ni gi klek tidur.
BR: Hahaha!! LOL …

Hooray! Baru 3 hari di KB saya sudah pandai ghoyat Kelate! Kalau 3 tahun … aauuww, mesti canggih punya!
Apa yang menarik dalam perbualan sms itu sebenarnya ialah Nasi Tupe atau dalam bahasa Melayu bakunya ialah Nasi Tumpang. Saya sebenarnya tidak pernah tahu kewujudan Nasi Tumpang ini sehinggalah diberitahu oleh Big Bro pada pertengahan Disember lepas (aiseymaan ... ketinggalan zaman sungguh saya ni!). Maka kala berada di KB pada awal Januari lalu, saya tidak melepaskan peluang makan Nasi Tumpang. Syukur.
Tradisinya Nasi Tumpang dijadikan sebagai bekal yang dibawa oleh orang yang berjalan jauh; juga dijadikan bekalan untuk makan tengahari oleh para petani dan pekebun yang biasanya berkerja seharian di bendang dan kebun.
Siapa tumpang siapa? Lauk menumpang nasi atau nasi menumpang lauk? Sila Google untuk mendapatkan jawapannya, dan pelbagai imej Nasi Tumpang.
Sebenarnya sambil-sambil makan itu saya terfikir tentang kehidupan kita yang juga menumpang di dunia ini yang segala isi kandungannya adalah milik Dia. Kita hanya menumpang. Oh, kasihannya kita! Lagi malang andai dunia ini dianggap kekal selamanya lalu kita dengan angkuh tidak mahu meletakkan diri kita sebagai “penumpang” di dunia ini.
Cubalah letakkan diri kita sebagai “orang yang menumpang” di rumah saudara atau kawan kita sementara mendapat rumah kediaman yang tetap. Sebagai orang yang menumpang, sudah tentu kita sedaya upaya cuba berkelakuan baik dan berhemah untuk menyenangkan hati tuan rumah dan untuk mengekalkan hubungan baik dengannya. Bayangkanlah kalau kita berperangai “lebih dari tuan rumah” dan mengingkari kebiasaan peraturan di rumahnya, sudah tentulah tuan rumah tidak suka. Paling teruk kita dihalau keluar dari rumahnya sekiranya perangai kita tidak berubah dan hal ini akan menjejaskan perhubungan silatulrahim dengannya. Begitulah juga kita sebagai makhlukNya yang menumpang di duniaNya ini, sewajarnyalah menunjukkan perangai molek kepadaNya dengan mematuhi segala hukum dan peraturanNya supaya Dia menerima kita dengan redha di duniaNya, dan di akhiratNya yang abadi.  Fikir-fikirkanlah!
Nasi Tumpang bukan saja enak malah wajah pembalutnya juga memikat hati. Dibungkus dengan daun pisang dan dipersembahkan dalam bentuk kon, ia mengingatkan saya kepada aiskrim Cornetto! Kini saya tidak perlu lagi susah-susah ke Kelantan untuk mencari Nasi Tumpang kerana menurut seorang kawan ia boleh didapati di Restoran The Warung, Mid Valley. Cumanya, adakah sedapnya setanding dengan yang pernah saya makan di KB tempoh hari. Nanti saya cuba.
*Akan berpergian lagi. Pergi tanpa membawa Nasi Tumpang.

Salam.

10 comments:

Suka Bebel said...

royak ke kecheq?hehe...dah lama x p kb make nasik kerabu.hehe

Unknown said...

duk kelantan 3 thn pun sy tak tahu ada nasik tumpang...


hahahhaha...


tgk... bukan semua benda kita tahu kan?

Anonymous said...

selalunya berpergian!...hingga rumah ini sepi dan orang tertanya tanya. Nasib baik juga ada lagu lagu dan orang orang akan berhenti sebentar untuk mendengarnya..seperti sambil duduk di hujung jeti..melihat kapal nun jauh di tepi horizon bergerak perlahan lahan. Lagu lagu UB40 membawa saya kembali kepada musim2 dingin di negeri jauh. Bagai terlihat kembali poster Bob Marley yg cengkung dan orang orang keluar di jalan jalan Kingston Town sambil bergendang.

Bunga, demikian hidup, kita pergi dan kembali sehinggalah detik dimana tiada lagi jalan pulang, pemergian itu muktamad dan demikian kita mengakui janji2Nya.

Pegawai Khalwat said...

Saya pun nak tumpang makan nasilah.

Psss... kalau masih di KB, cubalah makan roti bakar disapu kaya dengan telur separuh masak dan kopi di White House.

Nak makan pun kena beratur macam masuk restoran eksklusif.

Izariza said...

Saya sukakan pemikiran itu, Datuk Seri! Seringkali kita lupa (atau sengaja tidak mahu ingat) untuk melihat sesuatu dari aspek qias atau analogi kepada kehidupan kita yang ternyata hanya sementara dan pinjaman. Terima kasih di atas cetusan pemikiran itu, kerana kita-kita ini perlu seringkali diingatkan akan kedudukan kita sebagai 'penumpang' .. lalu kerana ada masanya kita terleka seketika akan tiket yang dipegang tiadalah mutlak sifatnya..

Woohhh! Gi Koto Baghu ko? Lepah ni buleh tuleh enteghi paka bahaso kelate la pulok, kawe nok tupe baco jugok :D

p/s: Saya orang 'Ganu' tapi punya ramai sekali kawan dari sana lalu bila bicara tentu saja terjangkit lenggok bahasa mereka! Err.. bila Datuk nok ccakak Teganung pulok ni? :P

Pa'chik said...

kenapa orang suka tulis pandai GHOYAT KELATE??

ghoyak [senarnya bunyik ujung dia urup kei] ni bagitau...

mana buleh jadi BAGITAU KELANTAN... :P

make bennor... bennor ni orang ganung nye cakap... make bbenar...

pas tu... ayat
awe ttadi make nasi dage
salah tuh...
patutnya awe takdi make nasi dage

pasal bila hurup dabel gitu... selalu akan jadi lain makna

kalau takdih - tadi [sekejap je]
kalau ttakdih = dah lama menau dah tu

macam guting, ngan gguting
guting ni... perbuatan menggunting tuh...
gguting... alat tuh...

atau tidor ngan ttidor
tidor ni tidur lah..
ttidor, sama ada tertidur, atau menidurkan...
kalau aku ttidor sakni
aku tertidur kejap tadi

kalau aku ttidor anok dulu
aku tidurkan anak dulu

make, mmake
make - makan
mmake - suka makan banyak
make la awe = makan lah awang
mmake la awe ni = makan banyak sungguh awang nih... :P


sekian dulu untuk hari ini, jumpa lagi di hari dan waktu yang sama tah bila lah agaknya... :P

serimaya said...

Kita sebenarnya tidak susah menjadi teman, tidak payah menjadi sahabat, jika disapa kita bersuara, ketika ditegur kita menerima kerana itu sahabat "tolong ingatkan aku, kala aku terlupa dan terleka"

Andai Nasi Tumpang sedap rasanya ingin jua saya merasa aromanya.

Bunga Rampai said...

Suka Bebel, errr, tak tau, kena tanya cikgu... :P Nasi kerabu pun saya suka! :)

PnConfused, benar ... bukan semua benda kita tahu, sebab itu kita harus sentiasa dan terus belajar selagi kita bernafas :)

Bang Lope, pergi kerana tugas sambil makan angin hingga perut kembong ... hehehe :P

Negeri jauh seperti Kingston Town tak pernah saya jejaki tetapi segalanya tentang lagu Kingston Town banyak merubah pandangan saya tentang kehidupan ini ... aneh sungguh hidup ini kadang-kadang!

Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidak lalai, dan sentiasa bertaqwa.

Bro PK, aiseyymaan! ... tak terpikir pula nak makan roti kaya masa kat KB sebab asyik teringin nak makan pelbagai nasi tradisional Kelantan. Wow, kalau dah beratur macam tu mesti sedap punya! Terima kasih info ini, lain kali ke sana boleh cuba!

Datin Iza, sama-sama kasih. Sambil sambil gurau, kenalah juga ingat-mengingatkan ke arah kebaikan ;)

Wo-oh-oh ... mmu orang Ganu? Patutlah senyum sokmo ;) ccakak Teganung mudoh weii ... macam makang ikang sading!! :P

Pa'chik, LOL ... ayat penghabisan tu paling saya suka! Baik cikgu, datang mengajar lagi di lain kali bila-bila cikgu senang... :P

Btw, terima kasih atas tunjuk ajar tu :)

Serimaya, cuba... jangan tak cuba Nasi Tumpang!

Saling ingat-mengingatkan, berpesan, menegur ... semua ini menjadikan kita umat yang padu dan teguh. InsyaAllah.

yushida03 said...

nasi tumpang.. sungguh sedap.. dah lama x makan..

Bunga Rampai said...

Yushida03, memang sedap ... hingga menjilat jari! :))